Novel Akhirnya Aku Kahwin Untuk Di Jual

Assalamualaikum..

Di sini saya berbesar hati ingin menjual buku Novel Akhirnya Aku Kahwin yang pernah meletup di pasaran. Sebenarnya saya sayang nak jual tapi dekat rumah dah banyak sangat buku Novel Alaf21

Alasan jual :: Tidak mahu menyemakkan bilik saya yang sudak sarat dengan buku. Sayang jugak nak jual kerana saya beli di Terengganu semasa jumpa dengan En.Boyfie. Sayu pulak nak jual buku ni.
Jika berminat boleh hantar email ke nor_nadiah@yahoo.com atau boleh contact saya terus di Facebook sebab saya memang akan ada sentiasa dengan Facebook

Tajuk Novel :: Akhirnya Aku Kahwin 
Harga Pasaran :: RM19.90
Harga dijual :: RM17 siap postage.


Sinopsis
Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Pendapat Saya :: memang best baca buku novel ini kerana tidak bosan kerana bila kita baca kita boleh senyum sorang-sorang..:)

Review Novel Akhirnya Aku Kahwin

14 Comments

Sayang Saya

Love