Friends of Miss Nadya

VIEW & SHARE THIS CAMPAIGN !!

31 October 2011

Dia Aku Dan Kamu

Assalamualaikum..
Haruslah menempek gambau sendiri..Today's nad wearing Tudung Bawal..^_*
Pergh,tajuk je sudah bikin hati panas. Nad memang suka memanaskan hati sendiri lepas tu menangis. Sedih(mintak orang pujuk) yang jadi mangsa sapa??En.Boyfie lah...
Sebelum nad nak mulakan cerita ni baik korang play kan lagu dari Red Peanut Feat Nadia Af6 - Dia Aku Dan Kamu ni. Dan jangan nak tanya kenapa entry ni panjang gila baban.

Sebelum korang baca, korang harus tahu nad ni sebenarnya mempunyai sifat ingin tahu walaupun nad tahu perkara tu boleh buat nad kecewa dan menangis. Mulut je kata tak pa,hati aku kuat. (padahal,bende tu tipu!!). Dan nad bukan jenis suka menunjuk perhubungan nad kepada semua orang.

Kisahnye berbunyi begini, last week nad pergi Terengganu. Dah pergi sana,kalau tak jumpa En.Boyfie bunyi macam berbohong je. nad tipu nad tipu sambil hentak kaki (mesti korang wat gitu kan??)

Lepas tu kitorang breakfast kat kedai mana tah, tak tahu sebab nad tahu setiap kali makan mesti kat tepi pantai. Sampai je meja makan,En.Boyfie bisik kat telinga nad (ada "x-gf" saya kat sini). Nad dalam perasaan berdebar-debar + gelabah bertanya mana??

Tah mana En.Boyfie tunjuk nad tak perasan..Mengong kan??

Kitorang makan nasi lemak je. Siap je makan tiba-tiba nad terperhatikan seorang perempuan tak nampak muka sebab dia membelakangi nad. 3 minit kemudian dia berpaling sambil berkata "Selamat Menjamu Selera" Muka nad dah jadi pelik sambil kepala dah senget macam robot. Nad tanya En.Boyfie,Sapa tu??lepas tu En.Boyfie kata..larh,tu lah x-gf sy...Muka blur nad + sakit hati tiba-tiba menyerangi nad..Ooooooo panjang je nad sebut,mulut muncung sedepa kedepan.


Dah habis dah part tu. Nad yang mengong pernah tanya En.Boyfie,dia ada blog?
En.Boyfie ni jenis jujur(kata dia). Dia cakap ada tapi lama tak update. Dan semalam kesedihan berlaku kat nad bila En.Boyfie bagi "URL X-GF" dia setelah di paksa nad nak tahu..

Baca punya baca, terbaca kenangan manis dorang, detik perkenalan dorang, persamaan dorang, kemesraan dorang. Masa tu hati nad luluh dan sedih gila, tangan terketar-ketar macam sakit parkingson je. Budak-budak yang lepak kat tempat keje nad pon dah risau sebab nad tak teresak-esak menangis macamm budak kecik. Otak nad ligat berfikir bukan-bukan sebab hati tak keruan. Terus nad Off FB, Blog dan semua lah.

Malam tu nad message kat Yuyu Zulaikha, Miss Genit, Siti, dan juga Nadh sebab sudi melayan nad semalam. Bukan sebab nad nak cari femes je tapi semalam nad memang memerlukan kawan untuk bercerita. Anak tunggal macam tu lah jadinya.

Yuyu ::Try slow talk dengan dia.
Miss Genit :: Nobody's perfect nad..Tak mo fikir bukan-bukan..apa yang dah lepas,biarkan lepas..nad ada kelebihan nad sendiri..Ingat tu - message dari sab mampu buat nad tersenyum.
Siti :: Janganlah sedih lagi, tulah ko pon satu dah tahu ko sendiri akan sedih tapi pergi baca buat apa..
Nadh :: Nad nak tau sesuatu tentang perhubungan tak?kekadang tu kan, bukan persamaan yang kita cari tapi yang kurang2 pada kita dan kurang2 pada dia dengan kelebihan diri masing2 tu yang menyatukan dan melengkapkan 2 hati igt tak orang kata, love is all about "melengkapi" satu sama lain?jadi, nad taleh nak rasa rendah diri.


A big thanks semua sebab sudi mendengar keluhan nad semalam. Alhamdulillah walaupon tangan terketa-ketar nak taip entry panjang berjela macam ni tapi nad gigih tulis even tak da orang sanggup baca entry ni. Nadh bagi entry Ini Surat Untuk Bekas Kekasih Si Dia pulak tadi. En.Boyfie pulak tengah gigih buat entry detik pengenalan kami dekat Cerita Pendek Tentang Cinta #1

Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan tapi nad tidak pernah merancang untuk tinggalkan dia selagi hayat di kandung badan.

Sekian Cerita Dari Nad..nad dah mampu tersenyum walaupon masih terngiang-ngiang ayat dalam blog "budak perempuan tu" -. .-

30 October 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

Assalamualaikum...



Persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET??
Abg ben dengan Lyssa sama naik. Rajin buat segmen yang pasti meletop...^_*

Pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Apa dia dye ye??sambil menggaru kepala..nad rasa dah okay..^_*