Friends of Miss Nadya

04 January 2012

Novel Kasih Bersulam Cinta Untuk Di Jual

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, di sini saya berbesar hati ingin menjual buku Novel Kasih Bersulam Cinta yang pernah meletup di pasaran. Sebenarnya saya sayang nak jual tapi dekat rumah dah banyak sangat buku Novel Alaf21



Alasan jual :: Tidak mahu menyemakkan bilik saya yang sudak sarat dengan buku. Sayang jugak nak jual kerana saya beli di Terengganu semasa jumpa dengan En.Boyfie. Sayu pulak nak jual buku ni.
Jika berminat boleh hantar email ke nor_nadiah@yahoo.com atau boleh contact saya terus di Facebook sebab saya memang akan ada sentiasa dengan Facebook

Tajuk Novel :: Kasih Bersulam Cinta
Harga Pasaran :: RM17.00
Harga dijual :: RM15 siap postage.




Sinopsis :

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.
 
Pendapat Saya :: memang best baca buku novel ini kerana buku ini tidak lah jiwang mana tapi cukup untuk membayangkan betapa bahagianya jika diri ini menjadi Anis Raziqin..


p/s :: amacam blog baru? ada baik ka? blog ini tampil lebih ringan. Masih belum siap di edit sepenuhnya seperti warna tulisan blog ini..:)

15 comments:

lilac lollipop said...

akak sye nk beli novel ni la...
akak ad no phone x ??? sng skit nk contact2

J.Syazwana said...

omo. sekarang takde masa nak baca novel. wuwuuuuu :(

nini said...

mesti banyak lagi novel2 kamu kan..=D

niezam said...

siyes surprise! cover novel alaf 21 dh len kan. lebih cantik. berbanding dgn yang dulu2.

smilenajah93 said...

jual lagi ~~ hehe . kt umah saya pun belambak buku ~~ hee !!

Eza Boom Boom :) said...

nad makeover blog nad ek.. Menarik, macam elegan je tengok :) well done dear..

Gen2Merah said...

wah, peminat setia novel rupanya nadya ni... saya pun teringin gak nak baca2 novel ni.. tp sekadar baca2 je. pinjam ngan kawan.. kalau nak harap beli payah sikit... sebab kalau saya selalu tak baca.. ehehe

ubaidillah zulkefli said...

belog anda lawa..!
hahaha..

postage agak2 sampai mesir x? =p

Lia Irdelia said...

ada saja pembaharuan dalam blog ni erk.. :)

bgus2... :)

Kongsi Apa2 Aje said...

wah..beli kat terengganu?. negeri admin tuh..huhu

dah kenangan..syg jgk nak jual kan. tapi takpe lah..biar kngn tu bersemadi dalam hati (^_^)

pss..bole thn dah tmplate ni..kemas :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

alamak..novel dok ada tak hbs bc.. eh,leh dah blog ni ea..

ieyza afieyna said...

buku ni pnah bace dah.. buku kwan..;)


blog baru ni cntik.. suke2... buka2 tadi terkejut gak. dah tukar template ye..

Juliet_iRa~" said...

best ke buku ni?hee

ira jrg dah bc buku alaf...byk beli JS pnya..:)

saharinasaharudin said...

dah lme xbeli novel alaf21.
btw,snggah blog ni.comelsss :)

NN said...

kalo nak jual novel2 tolong inform pada saya yer nazlizan85@gmail.com