Friends of Miss Nadya

16 August 2012

Selamat Hari Raya Semua [2012]

♥ NANG IT if Like it ♥


Sorry Nad tak ada kad raya Nak bagi kawan-kawan..

Assalamualaikum..salam sejahtera wat semua...


Sambil menyusun 10 jari. Maaf di pinta di Aidilfitri dari Nad sekeluarga. Tak lupa jugak anak-anak sugar glider Nad si Amadhani & Amajiro.. 

Nad mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut andai kawan-kawan semua pernah berasa hati dengan Nad. Halalkan makan minum Nad jika Nad ada terambil atau apa-apa..

 شلآمت هاري راي عيدالفطري.
معاف ظاهير دان باطين.


Nad tak dapat nak celoteh panjang-panjang sebab Nad nak siapkan kerja Nad.. 


Yes I make mistakes. Yes I cry. Yes I hurt. No I'm not perfect. Because I'm only human.

02 August 2012

Bersangka Baik

♥ NANG IT if Like it ♥



Kenapa kita harus bersangka baik di atas setiap kejadian yang berlaku di dunia sementara ni?? Kerana Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya ..

Berbaik sangkalah pada setiap kejadian maka hidup anda akan dasyat dan luar biasa.. Bersangka baik di campur dengan keikhlsan dari hati tanpa di lihat dari mata kasar kita untuk kita redha dan akan dapat merasa manisnya lebih dari madu..

Di sini Nad dapat 1 cerita di mana nasihat ini memberi commitment dan semangat dan terus bersangka baik walaupon pedih yang diterima..

Ada seorang lelaki bernama Ahmad di mana sebelum ini dia selalu berdoa untuk melihat hari yang cerah tetapi dia sering hampa kerana doanya untuk melihat hari yang cerah tidak pernah kesampaian..
Sekali lagi dia berdoa dengan harapan yang tinggi..

Ya Allah aku meminta agar diberi hari yang cerah dan aku mohon makbulkanlah doa hambamu ini..
Tetapi dia kecewa lagi kerana hari yang cerah tidak datang tetapi hari yang hadir adalah langit yang mendung, hujan dan ribut.
Dia mula berasa sedih dan mula bersangka buruk sambil memikir di mana salah dia sehingga doanya tidak di makbulkan dan tidak yakin di atas doanya sehingga dia memikir di mana sila nya...
Sekali lagi aku hampa kerana doaku tak dimakbulkan...

Setelah seketika hujan mulai reda dan langit mulai cerah...
Tanpaku duga pelangi mula muncul...
Dengan rasa terkejut dan kagum mula jelas kelihatan reaksi yang sangat terkejut..
Alangkah malunya aku padaMu Ya Allah...

Walau aku cuma meminta hari yang cerah...
Tetapi kau hadiahkan aku untuk menikmati keindahan ciptaanMu..
SubhanAllah betapa malunya aku padaMu Ya Allah.
Alangkah teraturnya ciptaanMu Ya Allah...
Malunya aku kerana tidak pernah bersangka baik di atas percaturanmu Ya Allah..

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyu...
Ya Allah Ya Waliyul Azim...


Butanya Seorang Manusia

♥ NANG IT if Like it ♥



Sebaris kata-kata untuk Nad kongsikan bersama-sama kawan-kawan semua

Sudah sifatnya manusia cinta akan keindahan yang dilihatnya...
Walau pon kadang-kadang keindahan itu hanyalah khayalan duniawi...



Kadang-kadang Allah bagi kita LIHAT tanpa kita KENAL...
Kadang-kadang Allah bagi kita KENAL tanpa kita LIHAT...


Hanya hati yang qudus sahaja yang dapat MENGENAL dan MELIHAT apa yang tersirat disebalik kebatilan...
dan hanya akal yang dipandu ilmu dapat melahirkan qalbun yang celik disuluh cahaya keimanan....


Supaya dapat memakrifatkan erti sebenar sebuah kehidupan...



Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur.
Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar.