12 January 2019

Cinta Kerana Allah


Assalamualaikum sahabat 😘


Alhamdulillah,kak nad baru je siap Solat Sunat Dhuha dan mengaji Surah Ar-Rahman. Pagi ni Darin dan Hazim cuti mengaji sebab Darin nak rehat katanya . Si Hazim pulak merajuk sebab mood swing 5 minit. Terpanggil untuk taip entry CINTA KERANA ALLAH.


Kehidupan realiti tak seperti buku novel, tapi membaca novel tiada Salah bila sekadar untuk hilangkan rasa bosan kerana sebaik-baik teman adalah buku.




Dizinkan Allah untuk kak nad sharing tapi tetap ada rasa malu untuk kak nad taip entry ni, tapi kak nad beranikan diri Dan terpanggil untuk berkongsi segala suka duka melalui entry kak nad yang akan datang. InsyaAllah.

Jujurnya kak nad rasa kecewa bila kak nad gagal di dalam kedua-dua perkahwinan kak nad. Sekelip mata kak nad pernah hilang semuanya . Tapi Allah menguatkan hati ketika dia hadirkan seorang insan untuk memulihkan hati dan perasaan kak nad.

Dia seorang sahabat, teman, tunang ,bakal suami dan bakal ayah yang baru buat anak-anak nad. Tentangan dari keluarga, orang ramai tak di nafikan kerana ini adalah keputusan terakhir buat kak nad.

kerana cinta kerana Allah, kak nad terpanggil untuk Solat Istikharah sebelum kak nad buat keputusan . Alhamdulillah kak nad semakin yakin dan semakin berdebar bila kak nad dah berani mengumumkan keputusan kak nad di media sosial.

Hampir 7 bulan kak nad mendekatkan diri dengan Allah untuk kak nad menimba ilmu dan belajar menjadi seorang Muslimah yang solehah seperti dia idamkan. Tunang kak nad sering memanggil kak nad Ainul Mardhiah.

Menitik air mata kak nad bila terkenangkan perangai buruk kak nad.
Tak dinafikan kak nad cuma insan yang lemah sering melakukan kesalahan. Tapi Allah Maha Menyayangi memberi hidayah melalui ruang masa untuk kak nad sedar dan bertaubat kepadanya . Allah sayang kak nad, tapi kenapa kak nad tak sayang Allah .Ya Rabbi ,syukur kepadamu kerana masih memberi diri ini ruang, masa dan hembusan nyawa dan berpeluang untuk bertaubat dan beribadat sehingga ke hujung nyawa. Alhamdulillah Kak nad dikembalikan untuk menceriakan sahabat, keluarga semula .

Tapi bila terkenang pertemuan terakhir dengan tunang kak nad di bulan 10, hish malu dan debaran tahap maksima bila dia memberi salam dan untuk memulakan perbualan dan perbincangan untuk step seterusnya tahun 2019 ni . Rasa tak layak bila kak nad tahu siapa Ainul Mardhiah .


Yakin dengan percaturan Allah. Semoga di permudahkan urusan kami membina perhubungan kerana Allah . Fuh hampir 3 jam untuk satu entry . 🤣 maaf sebab penulisan kak nad dah tak power . Salah satu nikmat dah di tarik . Allah bagi nikmat Yang lain pula . Jadi kak nad tidak berputus asa untuk menulis dengan baik .😘

Allah SWT berfirman:

كُتِبَ عَلَيْکُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّـكُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْــئًا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّـکُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْــئًا وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْـتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ٪

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216)

Post a Comment