10 January 2019

Dugaan Ketika Bertunang

Assalamualaikum Sahabat Kak Nad 🤗




Dah siap solat? Alhamdulillah Kak Nanad pon dah siap solat & mengaji sikit. 


Panas tak topik kak nanad hari ni ?
Jeng jeng jeng, sebab kak nanad terkenangkan tunang kak nanad sekarang sebenarnya. 


Allahu, rasa rindu tu adalah perkara biasa sebab Allah kurniakan perasaan kita supaya kita sentiasa berkasih sayang sesama makhluk. 


Tapi, bila teringat tak lama lagi nak melangkah ke alam perkahwinan. Semakin berdebar jantung ni. Semoga Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke jannah. 

Sambung topik DUGAAN KETIKA BERTUNANG ,ketika ini banyak yang bermain dalam fikiran bila terkenang dalam hubungan bertunang ni bila selalu bergaduh . 

Bila dah bergaduh kak nanad mulalah merajuk ,senyap + buat muka sampai tak nak bercakap .


Tapi, walaupon sering bergaduh hal kecik dia sering menegur, "sayang nak hidup bersama dengan abang sehari ke selamanya ?"

Baru kak nanad akan cakap ,nak hidup selamanya .Jadi part yang dia tegur tu kak nanad kenalah terima sebab nasihat dia bagi adalah untuk kebaikan bersama bukan atas kepentingan diri sendiri .


Kenapa bertunang? Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.

Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT,

maksudnya : ” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )



Jadi, banyak kan bersabar kalau dalam perhubungan pertunangan sering bergaduh ke apa kerana ini adalah secebis dugaan dari Allah S.W.T untuk kita .
Post a Comment