22 July 2019

Daun Tembaga Suasa




Ni rupa keadaan daun tembaga suasa yang dah siap layur. Memang kena layur dulu sampai letup.


Lepas tu, letak la minyak angin sikit atas daun ni.





Ni tangan kiri Nad, dah bengkak sangat kan? Dah lama sebenarnya. Tapi Nad ni degil. Biar kan je, tapi ni dah tak boleh nak biar sebab tangan kiri pakai Jam, dia berat.






Ni tangan kanan, nampak berbeza tak?




Lepas tu ikat pakai daun dekat tempat sakit ketat dan kemas.





Siap dah balut. Jadi biarkan semalaman.



Lepas semalaman daun ini akan berbau hanyir busuk, tu la yang di serap dari daun ni.



Alhamdulillah, syukur tak menangung kesakitan dah.  Tapi kalau boleh balut sampai 3 hari.


InsyaAllah, sembuh. Bukan percayakan daun tembaga suasa boleh sembuhkan tapi percayakan Allah Yang sembuhkan melalui usaha kita sendiri. Sakit?
Cari ubat. Bukan buang.


2 comments:

Thanks for reading entry ni. Nad doakan semoga urusan kita di permudahkan.