Kita Suka Tapi Takde Size!

Assalamualaikum Readers! 


Entry luahan kesedihan bab memilih saiz. Mula rasa nak murung sejenak 😅


Pagi tadi pergi lah kedai kasut kat bandar triang tu. Nak cari kasut baru. Sebab dah kronik sangat kasut Nad tu. 


Semenjak dah jadi mak ni. Nad dah tak minat nak pakai kasut tumit. Sebabnya rasa macam leceh je. 


Tapi bila jalan-jalan tu teringin jugak sebenarnya. Tapi buat masa ni, tak berkenan dan tak pergi pilih lagi nak cari kasut tumit. 


Tapi sekarang ni Nad rasa memilih kasut memang susah. Sebab tu, kalau Nad nak cari kasut Nad suka pergi seorang diri je. 


Sebabnya Me Time tu satu peluang untuk betulkan mood untuk perempuan. 


Sesampai je di kedai kasut tu Nad pergi untuk memilih kasut ladies. 


Situasi menyirap terjadi kat Nad bila berkenan kat kasut. 


Cantik jugak, colour hitam. Simple dan paling penting tapak selesa. Sarung, tanya size untuk Nad ada tak? 

"Tak ada di jawabnya"


Pilih lagi yang kedua, colour coklat. Tapi tetap tak ada size. 


Nad cari lagi yang ketiga, sarung terus muat. Okay, dah ngam walaupon warna tak berapa nak berkenan.


Nad pon siap bayar di kaunter. Lepas tu masa nak keluar dari kedai tu, eh lalu tepi kasut ni. 


Cantik, berkenan pulak. Nad pon terus tanya boleh tukar tak? 


Mujur la boleh tukar 🤣






Comments

Post a Comment

Terima Kasih ! Miss Nadya Akan Blogwalking semula.

Popular Posts