gambar dengan mak masa raya..
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia..Salam 1Bloggger...Entri ini hanya untuk memuji diri sendiri kerana tiada sesiapa yang nak puji nad..so,jalan penyelesaiannya ialah masuk bakul dan angkat sendiri lah..^^
Kisah ini adalah kisah malam semalam ye...tapi,masih segar dalam ingatan untuk nad ceritakan kat korang yang nak baca..
gambar pinjam kat pakcik google
Dalam pukul 11 tak silap nad,mak send msg.."n,ko tak nak balek ke?mak nak tido dah ni..balek cepat"..(N itu adalah singkatan dari nama nad lah..sempoi kan??hehe)
Lepas dapat je msg tu nad pon balek lah sebab nad tak bawak kunci umah sendiri...
Sampai je umah terus tengok cerita musang berjanggut pulak di tv2...nad tak layan tapi mak yang syok sangat tengok cerita tu..nad masuk je bilik terus pasang tv dalam bilik sebab nak tengk cerita CJ7 smpai habis...
gambar pinjam kat pakcik google
Dah abis cerita tu mata nad tak mengantok pulak...nad pon amik keputusan basuh baju kotor nad yang dah seminggu tak berbasuh..hehe..terukkan??
Banyak jugak lah baju nad saja dah sebakul..sambil tunggu baju kat dalam mesen basuh..nad pon lipat baju dan sessi menggantung baju ke dalam almari...banyak jugak...adalah dalam sebakul...aih....malas punya anak dara...huh.*_*
Dah siap lipat dan gantung baju semua..nad pergi cuci pinggan..pergh...memang banyak sebab campur periuk+periuk semua...tett tett..baju dalam mesen nak siap bila nak siap pon tak tahu...3 kali basuh dengan sabun cuci+bersih dengan air bersih+bilas campur downy+kering kan...memang berbaloi-baloi sebab penat sangat seyh..
Dah siap basuh pinggan semua..bauh baju..nad kemas rumah..sapu sampah..hahaha...macam dah buang tabiat pon ada sebab nad jarang jadi gitu..^^
Nad dah penat..nak masuk tido tapi fikir apa nak sarapan besok pagi ye...nad pon pergi masak nasi sebab nak suruh mak masak nasi goreng..hehe..dah siap masak..nad masuk bilik...layan lagu korea 1 lepas tu terus terlelap hingga lah mak kejut pagi tadi..
mak - nadiah,bangun..pergi beli roti canai...
nad - hurm...(sambil tarik selimut sebab kucing nad pon tolong mak kejut nad)...mak wat la nasi goreng..
mak - mana datang nasi nye..
nad - nadia dah masak malam tadi..
mak- dah bangun pergi sidai baju..
nad - hurm...ingat kan mak nak puji nad rajin malam tadi..(cakap dalam hati jer)bangun je dari tido...sidai baju+mandi+makan+pergi keje+taip entry ini..hehe..thanks sudi baca..^^
sumber utusan online
Assalamualaikum...
Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia
Salam 1 Malaysia..Salam 1 Blogger..seperti sedia maklum...pemergian arwah amat dirasai oleh raykat Malaysia..nad pon menangis sebab terasa permergian beliau..marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat beliau..Semoga rohnya di cucuri rahmat..Amin...
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.
Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.
"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.
Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.
Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.
Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.
Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.
"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.
Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.
Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.
Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Sumber (Bernama)
Al-Fatihah...
Assalamualaikum...
Hari raya pertama :: 30 Ogos 2011
Bangun pukul 3 pagi sebab nak gerak ke puncak alam...dah siap mandi suma tiba-tiba mak tanya,ko dah mandi ke??..nad pon menjawab..dah lah mak..nape??nampak macam tak mandi ke??
dye senyap..rambut tak basah??nad pon jawab..tak...kenapa??
ish...ko ni tak mandi sunat hari raya ke??nad tergelak..hehe...kene ke??ingatkan tak payah...hahaha...pergi mandi balek....
alek-alek sebab tunggu nad bersiap..kitorang gerak pukul 4 pagi...sampai tol bentong dalam pukul 7 pagi tak silap..sebab nad post entry Baru Sampai Bentong..sampai subang abah berhenti sembahyang raya...boleh tahan ramai siot...dah siap solat...kitorang gerak ke puncak alam...sampai dalam pukul berapa pon tak pasti...yang pasti time tu perut ni dah berkelodak mintak makanan...sampai-sampai terus capai pinggan..huhu..
bila semua dah kenyang..kitorang snap gambar beramai-ramai...tapi ni pon kekurang column...makcik dari perak tak dapat datang(5 orang) dengan sepupu nad (3 orang) tak datang..
tangan pon dah gatal nak amik gambar...tersnap picture sepupu nad...nad suka tengok gambar ni(dalam hati puji diri sendiri sebab pandai amik gambar..hahah..)
ini sepupu nad jugak...suka amik gambar..nad okay jer..^^
ini family mak.ngah nad..cuma tak de anak sulung dan pak.ngah di dalam gambar ni...yang baju pink tu pakcik bongsu nad...perangai giler-giler..^^
yang kecik tu anak mokde nad..
tak tahank tak da orang amik gambar nad..hahah...amik gambar sendiri pon okay lah..hehe...sepatutnya nad pakai baju warna pink..tapi macam nak pakai baju ni..hehe..
okay...ni tangga yer..hehe..anak mak ngah dengan anak mak,cik tinah..^^
ini picture sebelum nad berlari masuk barisan...hehe..
amik gambar sendiri lagi...cermin mata rempat pak cik punye..hehe..^^
Dah siap amik gambar semua...kitorang gerak ke subang pulak kecuali family pak.ngah sebab dorang beraya di nilai pulak..^^
inilah cebisan yang tak pergi puncak alam tadi...
gambar nad banyak sikit sebab sepupu rajin nak amik gambar..^^
apa masalah di sini???sila abaikan..hehe..^^
ini dia abah nad..^^
ini dia sepupu yang rajin amik gambar nad jap tadi...dengan awekz dye..
wajah kesengalan di saat terkejut...heheh..^^abaikan angin yang menyapa selendang nad tuh..
ini picture di subang...
dah abis part 1...yang last ni sumer picture dengan mak..hehe..
p/s :: ada ka orang tengok entry berjela-jela???tak kesah..hehe..^^..tak lama lagi dah boleh cash out nuffnang..gumbira..^^..kenyang makan gambar...erkk...selebehnya gambar di sini..
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Selamat Hari Merdeka yang ke-54
Sayang Saya
Love
ABOUT ME
Always Keep In Mind.
POPULAR POSTS
Followers
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
DUTCH LADY CHOCOLATE SEKALI MURAH PULAK. APA LAGI GRAB TERUS LA. DUTCH LADY 456 CHOC FLAVOUR 850G KEYWORD : INVOLVE ASIA
-
DERE Official V14 Air Intel Core 7th i7 CPU Windows 10 Pro Laptop Computer PC - Pink Laptop Computer PC - Pink Setelah peram entry selama h...
-
Assalamualaikum.. Di sini saya ingin mengongsikan entry untuk Sugar Glider . Sugar Glider tak makan Coklat macam mummy..^_^ Yang ini Rama...
-
Assalamualaikum.. Nite! malam ni Nad nak kongsikan sikit tips untuk jaga haiwan excotic ni iaitu Sugar Glider. Nad pon bukan lah otai bab j...
-
Maaf, gambar je nampak jiwang .Biar pon ada masa kita sebenarnya akan ada masalah sebesar mana pon . Tapi yakin ,setiap masalah ada pe...