Sahabat Positive 💖

27 December 2011

KESEDIHAN BOLEH MENJADI SUATU RAHMAT

Assalamualaikum..

Di sini saya mengumumkan akan menutup blog selepas tamatnya Contest Klik Dan Like Fan Page. Sedih bukan bila penat lelah memajukan diri sendiri sebagai seorang blogger.
 
 
 
Terbaca entry Abang Ben Jika benar dia ingin memiliki hati ini ... Sayu jugak hati saya semasa menaip blog ini. Mood saya sepenuhnya mengalami kesedihan. Selepas membaca entry KESEDIHAN BOLEH MENJADI SUATU RAHMAT. Hati saya tertanya-tanya bersediakah saya menempuhi semua dugaan ini?

Saya tidak di ancam oleh Cik Anon atau sesiapa. Cuma saya rasa dugaan di beri Allah perit untuk di terima. Walaupon pahit ku telan jua. Saya sepatutnya kuat seperti Elia yang berjaya mengatasi masalah kesedihan beliau.

Perempuan mudah mengalirkan air mata kerana cintanya? Mungkin benar pepatah itu. Allah terlalu sayangkan saya kerana memberi saya banyak dugaan selama beberapa tahun ni. Alhamdulillah saya tempuhi jua walaupon perit.

Kenapa saya menaip entry emo sebegini? Meminta simpati? Jauh sekali ye kawan-kawan.

Saya, Nor Nadiah Abdol Karim a.k.a Miss Nadya memohon maaf jika saya ada buat salah sepanjang melahirkan blog picisan ini. Jika kawan-kawan ada terasa hati, saya memohon maaf juga kepada anda semua.

Sedih? Pilu? Perit? semua nya ada kerana di blog ini saya mendapat kawan-kawan yang peramah. Tak perlu lah saya senaraikan nama mereka kerana mereka-mereka banyak membantu saya dari segala aspek.

Selama 2 hari saya tidak update blog, rasanya itu dah boleh menjadi satu titik permulaan untuk berenggang dengan blog ini.


Akhir kata dari saya, maafkan saya seandainya saya pernah terkasar bahasa dengan anda semua. Senyuman lahir dari hati yang ikhlas. 

Jika dia tidak berkata apa apa , maka dekatilah dia dengan kalimah La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah … Sesungguhnya berCINTA kerana ALLAH itu lebih indah dari nafsu semata-mata. - Petikan dari entry Abang Ben

Post a Comment