Product Review : Mr Right Dhia Hadiahkan KJU Perfumed By Lux


Assalamualaikum Reader! 


Alhamdulillah, Ehem ehem dah tukar nama Mr Right Dhia nampak? Biasa dengan nama En. Mohd atau Mohd Adzhar je. 


Tapi bukan tu yang Nad nak bebelkan di entry panjang berjela.


Nad rasa bersyukur dan bertuah sangat dah bila Mr Right Dhia ni layan Nad macam seorang Permaisuri bila sering dapatkan apa kemahuan dari Nad sendiri. 


Mr Right Dhia belikan KJU Perfumed by LUX untuk Nad. Kembangnya rasa hati rasa macam nak menjerit beri tahu semua orang je masa tu.


Masa tu Nad dah blushing macam kucing nak gesel kat kaki. Hihi. 




Miss Breezy inspired by Green Tea. Wangian dia pada Nad macam keras masa semburan pertama, tapi selepas beberapa saat kemudian Nad dah terasa wangian dia segar sangat-sangat. 


Wangian untuk badan & rambut. 


Dulu Nad tak suka dia hadiahkan apa-apa. Tapi sekarang Nad okay dah bila dia cakap hadiah tu bukan balasan apa-apa. Sebab Nad nak hidup dengan dia bukan untuk benda macam ni. Kelebihan dia menutup kekurangan diri Nad dan Nad pon nak menutup kekurangan diri dia. Susah senang sentiasa bersama Nad.


Allah is The Best Planner!! 



Perasan tak bunga tu? Mr Right Dhia selalu hadiahkan wangian mesti berunsur bunga.


Nad pernah cerita kat Mr Right Dhia yang Nad dapat hadiah bunga hidup sejambak dari bekas bos Nad di Kompleks Rakan Muda. Tapi mulanya merajuk jugak dia ingat bos Nad lelaki.


Tapi sekarang setiap kali Mr Right hadiahkan wangian pasti ada bunga. Romantik jugak sebenarnya tapi bila Nad dapat tangkap, kesian tengok dia tersipu.


Green Tea & Bergamot


Nad menetapkan kelainan bau percuma dari Nad dibuat oleh seorang pakar minyak wangi LUX.

Ia diilhamkan oleh kesatuan sempurna Crisp, air bersih, teh hijau yang menyegarkan dan bergamot yang mempesona.

ia semulajadi menaikkan deria anda ke tahap yang baru dan mendedahkan anda yang baru

Mr Right Dhia memang selalu menyakat Nad kadang gurauan dia Nad boleh bertanya itu serious ke tak. Sebab dia ni jujur je, kalau tak berkenan kat mata dia akan direct cakap. Jadi Nad akan tau bila dia cakap TAK SUKA.

Tapi, Nad perasan bila Nad sembur kat jacket Nad, dia akan buat taktik la tukar pakai jacket Nad tu. Jacket dia bagi Nad pakai.


Dia pon tak mengaku Nad wangi ke apa tapi ada ,orang pernah bertanya Nad rajin mandi bunga ke? Tak ada la rajin sebab last 3 tahun lepas. Nad Tanya macam mana dia dapat bau. Orang tu cakap kat Nad yang bau bunga tu tak hilang.


Tiba-tiba Teringat pulak dulu masa mengandungkan hazim selalu  sangat bau wangian bunga. Tapi Nad tak ada takut pon sebab pada Nad, kalau benda tak baik kita akan dapat rasa.


Okay End Of Story, Harga dia Nad survey sendiri kat resit pembelian. Sebab Mr Right Dhia tak nak bagi tahu harga.


Sebotol berharga RM27.90. Boleh di dapat di Brand Watson's berdekatan. Cik abang terpikat bertambah sayang.

Haduih, kembang Nad bila di tegur dari Mr Right Dhia. Ni bertambah sayang. Berdebar dan Nad terus jadi patung cendana. 

Comments

Post a Comment

Terima Kasih ! Miss Nadya Akan Blogwalking semula.

Popular Posts