Review Book : Projek Seram Lombong

 Assalamualaikum Readers !


Bila dah lama tak menaip, rindu yang teramat sangat rasa. Tapi rasa rindu tu cukup Allah jaga.



Projek Seram Lombong

Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati,
kerana yang hilang tidak semestinya mati..


Nadya baru je beli buku ni minggu lepas. Jadi semangat review itu masih ada. Nadya suka sangat kalau dapat baca buku seram ni malam-malam lagi best. 


Okay, dalam buku ni ada 4 Penulis bagi setiap cerita :


TANAH RIZAB JIN - A. DARWISY

Asal kau daripada lidah api yang berasap..
Merasuk seperti polong tak berjinjang..

Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah dia arahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabella, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya?


PUSARAN PUAKA - SAIDEE NOR AZAM

Sukar Bidar itu wujud , makhluk itu tetap ada..

Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.

LOLONGAN LOMBONG LAMA - ZYRA SAFIYA

Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan.

Berdekad-dekad, tasik lombong yang membohongi warga kota dengan kedamaiannya menyimpan sejarah penuh keganasan dan kegilaan. Semuanya bermula dengan Itam yang ghairah mahu memiliki kuasa menjadikan Samira mangsa untuk dikorbankan. Namun, perancangan manusia yang tidak sempurna menyaksikan pemburuan berterusan untuk mengeyangkan si buaya putih. Dendam yang membuak memastikan satu keturunan perlu dilenyapkan dan satu jiwa perlu menjadi hamba.


BADARSILA - HASRUDI JAWAWI

Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati,
kerana yang hilang tidak semestinya mati..

Tasik lombong di belakang vila milik arwah ayahnya sama seperti di dalam mimpi-mimpi aneh berulangnya sebelum ini. Di tasik itulah Mustikah tenggelam kelemasan dengan kedua-dua kaki dan tangannya berikat. Akan muncul seorang perempuan seiras wajahnya lalu mencekiknya sehingga mati. Dia yakin mimpi-mimpi anehnya itu bukan sekadar mimpi biasa. Siapa sebenarnya perempuan seiras wajahnya yang muncul di dalam mimpi-mimpinya selama ini?




Antologi Seram ni ada 588 halaman muka surat dan pembahagian setiap cerita ada :

80% Mistik
70% Konflik
60% Takut
40% Sedih

Harga bagi buku ni pula :

Sem. Malaysia RM25.00
Sabah / Sarawak RM28.00


Terima kasih sudi baca,

Love,





0 Comments

Sayang Saya

Love