Novel Kasih Bersulam Cinta Untuk Di Jual

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, di sini saya berbesar hati ingin menjual buku Novel Kasih Bersulam Cinta yang pernah meletup di pasaran. Sebenarnya saya sayang nak jual tapi dekat rumah dah banyak sangat buku Novel Alaf21



Alasan jual :: Tidak mahu menyemakkan bilik saya yang sudak sarat dengan buku. Sayang jugak nak jual kerana saya beli di Terengganu semasa jumpa dengan En.Boyfie. Sayu pulak nak jual buku ni.
Jika berminat boleh hantar email ke nor_nadiah@yahoo.com atau boleh contact saya terus di Facebook sebab saya memang akan ada sentiasa dengan Facebook

Tajuk Novel :: Kasih Bersulam Cinta
Harga Pasaran :: RM17.00
Harga dijual :: RM15 siap postage.




Sinopsis :

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.
 
Pendapat Saya :: memang best baca buku novel ini kerana buku ini tidak lah jiwang mana tapi cukup untuk membayangkan betapa bahagianya jika diri ini menjadi Anis Raziqin..


p/s :: amacam blog baru? ada baik ka? blog ini tampil lebih ringan. Masih belum siap di edit sepenuhnya seperti warna tulisan blog ini..:)

15 Comments

Sayang Saya

Love