Assalamualaikum..
Terdetik di hati, Ya Allah. Siannya anak aku ni dah macam-macam cara buat tapi tak okay jugak.. Sampai dah pergi klinik pakar.. Tapi tak jalan jugak..
Masa Kakak Darin kecik-kecik tak pernah kena macam ni pon.. Kenapa Adik Dahin kena pulak..
Memang nad tak bawak dia keluar sebab takut dengan keadaan dia sensitif, nanti kalau bawak keluar lagi teruk pulak..
Kawan-kawan tempat kerja semua menanya kenapa tak bawak baby keluar jalan-jalan.. Allahu, masa tu macam pilih kasih pulak.. Bukan tak nak bawak keluar. Tetapi keadaan tidak mengizinkan.
Tiap-tiap bulan kena check up doktor : doktor cakap adik ni eczema (penyakit kulit) mungkin faktor keturunan, sebab nad dulu ada eczema jugak.
Nad geledah google setiap hari. Petua orang tua semua nad ikut. Tanya merata kat kawan-kawan.
Muhammad Hazim Dahin - 5 months 6 days
Masa ni pukul 3 pagi, dah dengar dia menangis, punca nya tangan dia terlepas dari bedung dan dia garu kepala dia sendiri sampai jadi macam ni. Ibu mana tak sedih kan? Nad menangis dan cuci kepala dia dengan air suam..
Macam ni lah rupa dia bila kena bedung, masa tu kalau tak bedung memang dia tak nak tidur mungkin sebab gatal kot kepala dia.
Mandi dengan pati santan pon tak jalan jugak.. Masa ni raya puasa ari tu tak silap..
Ni repeat Klinik Pakar kat HOSHAS ( HOSPITAL HAJI AHMAD SHAH), masa tu hari jumaat lepas tu nad lari.. Tak sempat nak jumpa doktor pon.. Balek kampung terus..
Sampai kampunh, monyang sedih tengok adik sebab kepala dia teruk sangat. Gatal, kuping, berair.
Mak saudara nad pon suggest pakai Nurraysa Collagen Soap (sampling), banyak jugak mak cu bagi, dalam 5 ketul tak silap.
Setiap kali mandi nad sabunkan dia dengan sabun Nurraysa, siap mandi nad sapukan krim dari kedai sen sei (kedai ubat cina).
Hari keesokannya, perkembangan positif betul, luka-luka lama dia dah tak berair. Kering betul, terus nad mesej mak cu. Nak beli sabun Nurraysa tu, kebetulan ada offer. Tak silap RM30. Nad beli 1 ketul dulu.
Ni memang dah kering betul, tak ada luka langsung dah.. Rambut pon da mulai tumbuh, mata dah lah sepet macam anak cina, rambut pulak tak ada. Hihi, sekarang tak risau lagi dengan adanya Nurraysa Collagen Soap (sabun Nurraysa)
Dia pon tak payah nak kene bedung dah. Dah boleh lepas macam dalam gambar.
Ni lah Nurraysa Collagen Soap dan ubat dari kedai cina. TAKUPAP namanya. Raya haji ari tu nad buat stock 3 buku terus nad beli Nurraysa Collagen Soap tu dengan harga RM80.. Demi anak, tak apa lah berapa mama sanggup beli.
Ni lah paling latest Muhammad Hazim Dahin. Mungkin adik tak sesuai ubat sebelum ni. Sebab nad ada google, KRIM SHAKLEE HERBAL BLEND sesuai untuk baby kena kurap kepala ni. Nad pergi mencari malam tu jugak. Tapi tak jadi jugak. Pergi kedai ubat cina, dia cakap anak nad ni Kurap Susu tu nad try pakaikan jugak ubat cina tu.. Syukur Muhammad Hazim Dahin dah sihat sepenuhnya..
Mungkin ada yang panggil : CRADLE CAP, KERAK KEPALA, DAKI SAWAN, KURAP SUSU, macam-macam lagi nama mungkin nad tak tahu. Tapi yang pasti anak nad masa kena kerak kepala ni, kulit kepala dia gatal, ada biji belakang telinga, kepala basah macam keluar air bisa. Rambut pon tak nak tumbuh.