Assalamualaikum sahabat 🤗
Cuti 2 hari, habis semua niqab di basuh . Sampai kat rumah tengok tinggal purdah sahaja.
Kena jahit niqab baru ni 😁
Pagi ni sibuk dengan basuh kain je la. Sambil tu tertarik nak buat tajuk entry bila lelaki menjadi kawan baik.
Ya Allah, kak nad ni memang banyak kawan lelaki . Tak dinafikan bila keluar je rumah even dah berniqab dan berpurdah . Dorang dengar je suara kak nad dah tahu tu kak nad .
Bila fikir balik , suara kak nad ni kelakar sangat ke ?😁
Ye la , mana-mana tempat kerja kak nad la kan. Memang semua lelaki cepat serasi dengan kak nad . Tapi bukan la tak ada kawan perempuan langsung . Team Kak NaNad semua perempuan .
Customers dianz kak nad pon ramai perempuan . Ada lelaki yang beli untuk isteri masing-masing .
Encik tunang kak nad jugak la bertuah sebabnya dia tak payah belanja dianz sebab kak nad sendiri berniaga dianz. 😅
Tapi dia kena keluarkan duit beli benda lain . 🤣
Okay balik semula kepada tajuk entry ni . Kenapa kak nad memilih lelaki menjadi kawan baik?
First , rahsia dia pegang baik sangat.
Second , dia akan bagi nasihat yang bertentangan dari orang perempuan .
Dua sebab je la nad bagi kenapa nad memilih lelaki menjadi kawan baik .
Paling tak sangka sangat kawan baik kak nad ni la menjadi tunang kak nad .
Bila kenang semula macam kelakar tapi tu la hakikatnya seperti mana Allah SWT berfirman:
Kun fa yakuun
Sesungguhnya perkara-Nya) keadaan-Nya (apabila Dia menghendaki sesuatu) yakni berkehendak menciptakan sesuatu (hanyalah berkata kepadanya, Jadilah, maka terjadilah ia)
Ya Allah Maha Kuasa memegang hati hamba-hambanya . Dia lah yang menjaga hati setiap hambanya .
Bila kat rumah , anak lelaki nad juga menjadi kawan baik nad. Anak-anak perempuan semua kat abi .
Luahan rasa hati kak nad ni Cuba meluahkan kak nad rindu sangat dekat kawan baik kak nad (Encik Tunang )