Sahabat Positive 💖

08 November 2011

Dapat Baby Baru

Assalamualaikum..

Salam 1 Malaysia Salam 1 Blogger

Hari ni mesti semua dah masuk bekerja kan termasuk lah nad..Sekarang nad nak cita pasal baby baru ni dulu..

Sampai je tempat keje nad nak pergi lah masuk office nak punch card. Sampai je kolam ikan nad terdengar bunyi anak kucing mengiau macam ni.. "ngiau" tu je bunyi nye. Nad ni dah lah mudah terkejut lepas tu nad ternampak anak kucing kecik lagi. Nad terus amik lepas tu letak luar pintu ofis. Nad melangkah masuk ke dalam ofis,anak kucing tadi mengekor. Lepas tu dia panjat kaki nad. Alahai comelnya..

Bunyi anak kucing ni agak bising sampai kawan nad keluar dari tengok.
Syam :: Lorh ada kucing baru lagi??Ish sapa pulak buang anak kucing kecik cam ni..
Nad :: Tulah,kesian aku tengok. Kucing umah aku tinggal 2 ekor bolehlah amik.
Syam :: Aku Bagi frieskies dia tak nak.
Nad :: Dia menyusu lagi ni..

Sedih pulak nad tengok anak kucing ni,lunch karang memang kene bagi anak kucing ni menyusu. Yang best kucing ni pandai sangat. Nad suruh dia lari dia lari. Nad suruh masuk dia masuk. Nad suruh dia naik duduk atas kerusi dia naik. Nad suruh dia tido. Dia pon tido. Sekarang ni dia tido kat nad. Kawan nad nak bawak pergi klinik haiwan jap lagi tapi tak tahu jadi ke tak. Tapi tadi kucing ni ngigau dia bunyi macam kucing bergaduh. Terkejut nad tengok. Tapi mata dia pejam,suara je yang keluar sambil kuku terkeluar sebab tengah marah. Kucing ni lawak la..^_*

Comfirm nad bawak anak kucing ni balik sebab kucing nad si Molly tu da tak da. Mungkin sesat tak jumpa jalan balik umah.


Nama dia Baby sebab dia betina ..



Tengok,kucing ni manja sangat..^_*


Dah baring atas tangan pulak..


Muka dia memang comel..


Dia nak nyonyot macam hisap susu..Kesiannya kat dia..:(


Dia tido dalam sweater nad. Comel je.. Nad baru letak atas kerusi, lenguh kaki nad sebab dia tido atas peha..^_*

Post a Comment