Biosulphur plus | Produk Review



Selamat petang! Dah Solat Zohor? 


Kalau belum sila gerak sekarang dengan pantas. 


Okay, kak nad nak Review Produk dari Watsons .

Biosulphur plus


Kak nad memang ada masalah kulit jadi sekarang kulit kak nad tak boleh kena bahan kimia langsung sebab kak nad tak larat nak pergi Hospital bahagian dermatology dah. 


Sekarang ni kak nad pakai pencuci muka Natural je . No more shining bagai. 


BIOSULPHUR PLUS

Harga : RM7.88

BioSulphur Plus adalah sabun pembersih perubatan yang sesuai untuk rawatan dan pelepasan jerawat, kulit yang dijangkiti jamur seperti kurap, kaki atheles dan lain-lain. Ia juga membantu memperbaiki keadaan kulit dermatitis dan psoriasis Seborrheic.

•1.5% Biosulfur mengandungi sifat keratolitik, antiseptik, anti-kulat dan antibakteria yang membantu mencegah dan menghapuskan pertumbuhan kulat serta bakteria yang menyebabkan keadaan kulit kulat dan jerawat.

• 2.0% Asid Salicylic berfungsi dengan mengelupas kulit untuk membuka dan mencegah liang-liang menyumbat yang menyebabkan kepala hitam dan putih. Ia juga merupakan agen antibakteria yang meneutralkan pertumbuhan bakteria.

Cara penggunaan :

1. Bilas kulit dengan air, berbuih dan letakkan di kawasan yang terjejas.
2. Biarkan selama beberapa minit sebelum membilas.
3. Penggunaan yang disyorkan seperti yang diarahkan oleh doktor atau dermatologi anda, atau dua kali sehari.


Sekian review dari kak nad. Sesiapa yang mempunyai kulit sensitif boleh cuba pakai dulu. Nasib baik encik tunang sudi kirim duit untuk cari ubat kak nad ni .😘

0 Comments

Sayang Saya

Love