PERSONAL : Hargai & Memberi



Assalamualaikum 💖

Ya Allah, cantik tak rantai tu? Nadya tengok laluan di Twitter  Nadya ni. Sebenarnya Nadya bukan nak cakap kecantikan dia yang menyinarkan. Tapi NUR yang bermaksud Cahaya paling menyinarkan dalam diri seseorang. 



نور ناديه
Cahaya Permulaan
Star Light

Alhamdulillah, singkatan nama diberi tapi terdapat maksud yang tersirat dan tersirat untuk Nadya sendiri. 


Jujur cakap, masa Nadya selfie gambar ni masih dalam keadaan marah yang belum di lepaskan. 

Kadang-kadang memang elok je, tapi lebih kepada selalu menyakitkan hati orang tersayang termasuk Mr. Right sendiri sebab Nadya seorang Keras Kepala & Degil. 


Nadya selalu rasa marah yang tak terbatas tapi sehabis kuat Nadya akan selesaikan sendiri untuk lepaskan amarah tanpa babitkan dengan orang-orang yang Nadya sayang. 

Nadya baca artikel My Metro : Marah sifat normal tapi perlu dikawal
Nadya sedaya habis akan Memberi tanpa mengharap balasan apa tah lagi untuk rasa di Hargai
Nadya Memberi kerana Allah, jadi Allah akan Memberi semua keperluan Nadya tanpa rasa untuk di Hargai untuk kepentingan diri sendiri.


Buruk jugak tapi Nadya jadikan ia sempadan untuk jadi tauladan. Nadya sangat-sangat Hargai segala aspek Perhubungan yang berhubungan dengan Nadya.
Sebuah Keikhlasan Itu Seumpama Semut Hitam Di Atas Batu Hitam. 
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Lepas ni Nadya akan sentiasa perbaiki sifat negatif dalam diri ini, setiap insan harus munasabah diri supaya tidak sombong dan angkuh kerana kita hamba Allah dan kita tak berhak menghukum orang lain. 

Setiap orang membuat salah termasuk juga Nadya jugak seorang manusia biasa. Penuh kelemahan dan kekurangan. Sebabnya Nadya ni kadang boleh set jadi buruk macam ego, keras hati sampai buat orang rasa sakit hati. 



Tapi Nadya tetap akan terus perbaiki sifat buruk Nadya ni demi kebahagiaan Nadya termasuk Mr. Right. Nadya khilaf bab menjaga hati & perasaan orang ni. Sebab tu ada masa Nadya rasa macam segan nak berkawan. Mr. Right tak boleh tengok bila Nadya tak kawal diri sendiri. 

Alhamdulillah, dia ni penyabar bab nasihat Nadya ni. Keras kepala betul macam nak ketuk dengan tukul je untuk hancurkan kekerasan kepala Nadya ni. Sebab bila buat perangai yang kepala Nadya je betul, sampai tak kawal diri langsung. Main langgar je. 


Masa mula-mula kena tegur Nadya melenting jugak. Tapi sampai bila Nadya nak teruskan macam tu kan? jadi Nadya bertukar jugak sebabnya nasihat dari Mr. Right bukan untuk orang lain tapi untuk diri Nadya sendiri. Betul jugak apa yang di cakap tu. 

Rasa malu nak berdepan dengan Mr. Right bila Nadya ni selalu sangat tak nak dengar cakap dia. Budak degil macam Nadya ni selalu sangat salah faham setiap teguran dia. Tapi, dalam masa yang sama Nadya kena ubah dan perbaiki seperti yang di nasihat. Sebab perbuatan Nadya akan membuatkan orang di sekeliling rasa tak suka dan menyampah. 

Nadya punya fikiran je rasional tapi perangai tak menunjukkan fikiran Nadya ni. Sampai Nadya selalu sakitkan hati Mr. Right tanpa Nadya sedari. 

Kalau Nadya tak berubah sikap, semua pekerjaan Nadya buat tak akan setle. Untuk switch on dan switch off  datang dari Nadya bukan dari orang lain. 

InsyaAllah , sehabis upaya Nadya akan ubah walaupon terasa macam susah je. Tapi semua tu mudah je sebenarnya bila Nadya rasa ia datang kebaikan untuk Nadya dan orang sekeliling why not I'm challenging my self right? 


Terima kasih sudi baca


Love, 

0 Comments

Sayang Saya

Love