Anemia tu bahaya tak?

Assalamualaikum 👩‍💻


Nadya menghidap penyakit Anemia dari sejak lahir atas sebab faktor keturunan Arwah Abang Kandung Nadya menghidap penyakit yang sama. 


Allah sayang dia sebelum Nadya sempat kenal dia. 


Tapi Nadya sedar masa kecik dah besar Nadya pon dah lupa. Tapi bila sampai dan waktu Nadia sakit nadya tak nak orang sekeliling semua tahu.  😅


Sebab Nadya tak tahu nak cakap macam mana bila Nadya sakit. Nanti semua orang ingat nadya pura-pura. 


Sebab memory yang paling dasyat bila orang sekeliling tak percaya masa tu Nadya sakit secara tiba-tiba. 


Masa tu tengah mandi kat laut. Tengah gelak-gelak tapi Nadya lemas. 


Mintak tolong, eh boleh ada orang cakap main-main je tu. 😨

 Nadya minta tolong lagi masa tu Nadya nak tenggelam dah dalam air laut tu. Ada sorang lelaki ni tapi Nadya tak kenal sebab tua dari umur Nadya.😜


Dia lah tolong selamatkan Nadya masa tu. Sampai pantai Nadya menangis sebab kawan-kawan Nadya cerita lepas tu gelak.  👽😠


Umur Nadya 13 Tahun masa tu tak silap. 🤔


Macam sekarang keadaan nadia masih dalam stabil. Tapi Nadya dah WhatsApp kat abang angkat Nadya sekiranya lebih 8 jam Nadya tak update status apa-apa. 


Minta dia kol Nadya supaya senang Nadya Roger Doktor Peribadi Nadya .😊


Nak tak nak hantar wasap doktor awal-awal kang muncul depan mata. 😆


🤔 Nadya rasa tak ada orang tahu Nadya sakit apa. Sebab Penyakit Anemia ni datang bila-bila sahaja. Jangan lah nak cuba bayangkan ye. 


Nadya pernah sakit waktu tu Nadya teman Mr. Right jumpa lawyer. 


Nadya sakit macam mana tapi Mr. Right gelabah macam apa tah. Macam-macam soalan dia tanya. Nadya tengah sakit macam mana nak jawab. 


Dah la dia tengah ada urusan kerja bukan tengah main Game Mobile Legend macam biasa tu. 


Sebab Mr. Right tak boleh tengok Nadya sakit. Nanti kan dia cakap, sayang suka buat abang risau. Nadya geleng tapi senyum 🙂


Tapi masa Nadya sakit ni , Nadya rasa lawak je 😆


Sebab masa dia gelabah macam apa tu memang la dia marah tapi kelakar la muka dia 😉


Tapi ada masa dan kebetulan time kawan dia datang nak jumpa dia, Nadia dapat je berlakon sihat tapi ada masa tu Nadya tak dapat nak berlakon, Cuba buat. Puas dah paksa tapi kena marah semula ada. Dia cakap kalau sakit rehat je. Nadya tak nak 😒


Doktor pesan kalau boleh stand by selalu sebab Nadya ni pemalu. Time Nadya sakit mana boleh pakai seluar baju. Tapi bukan lah bogel. 🙄


Nurse pulak bertukar-bertukar. Kalau yang cantik tu Nadya tak suka. Sebab garang sangat. Menyampah! 🤐




Make Up Remover Wipes fragrance-free. Ni Nadya beli kat Guardian je. Nadya guna bukan buang make-up pon tapi Bila badan Nadya panas tiba-tiba, mendadak tak kira waktu malam ke siang ke. suka hati je 😝


Jadi, ini lah Nadya guna sebab Nadya tak boleh nak pergi mandi air sejuk atau panas. 😂




Eskulin Hand Sanitizer ni Nadya beli kat Pasaraya Watson's untuk lumur kat satu badan sebab Nadya nak mandi tapi tak boleh kena air sejuk ke panas.🤣





Vaseline Intensive Care Nadya beli kat Watsons jugak rasanya sebab bibir dah terasa kering terus pakai. 





Anakku Extra Mild Head To Toe Nadya guna bila Nadya dah ready nak sentuh air. Kena la pakai sabun ni. 😬

Macam baby pulak rasa 🤣





Sodium Chloride Nadya cuci kaki 😅 sebab dah tak boleh mandi tapi nak pegang air 😂


Gedik sangat. 😚


InsyaAllah dengan izin Allah doakan Nadya cepat sihat tau. Nadya tak larat ni. Badan dah macam cerah sangat ni sebab sel darah merah kurang, muka panas mata berair-air. Baring atas katil je. 😞



ANEMIA ;

Anemia adalah keadaan di mana anda kekurangan sel darah merah yang cukup sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan anda. Mempunyai anemia boleh membuat anda merasa letih dan lemah. Terdapat banyak bentuk anemia, masing-masing dengan sebabnya sendiri. Anemia boleh menjadi jangka panjang atau jangka panjang, dan ia boleh berkisar dari ringan hingga teruk.

Termasuk Penyakit: Thalasemia; Anemia kekurangan zat besi ...

Gejala: Keletihan


Terima Kasih Sudi Baca,


Love,

0 Comments

Sayang Saya

Love