Assalamualaikum..
Macam tiada cerita hari sabtu ni kan??sebenarnya nad mengantok sikit sebab stay dengan anak-anak lama sangat malam tadi. Ramadhani pulak macam nak mengelak dari nad je. Zero dah ok sikit cuma Zero malu bila gambarnya nak di ambil..
Ni ramadhani masa mengelak tak mahu makan..^_*
Lepas tu nad basuh Sleeping Pouch dia malam tadi. Diorang terpaksa tidur dalam sweater nad untuk sementara..Banyak lagi nad kene belajar tentang Ramadhani dengan Zero ni dari group SUGAR GLIDER - MALAYSIA
Malam tadi Ramadhani dengan Zero makan Honey Dew dengan betik je tapi Diorang macam tak berapa nak makan betik tu. Tak sedap agaknya.
Pagi tadi makan buah honey dew sikit dengan yogurt..
Pengenalan Sugar Glider nad.
Hari khamis yang lalu nad membeli Sugar Glider ini dari Andaq (backlink dari twitter) di entry Spontan Khamis
Tak dinafikan nad dapat Sugar Glider yang comel. Rasa macam nak picit-picit je. Ilmu tentang Sugar Glider ni pon masih cetek..
Nad beli dari Andaq dengan harga RM400 sekali dengan sangkar, Sleeping pouch, Beg jalan, Wheel, aksesori semua. Kalau diikutkan kene spend RM700 kalau starting untuk sesiapa yang nak jaga Sugar Glider ni tau (apa yang nad baca dari group dan research).
Nad dapat sepasang. Ramadhani (Female) dan Zero (Male).
En.Boyfie dah cakap lepas ni gambar dia mesti kurang kat blog sebab banyak letak gambar anak je.^_*
Di sebelah kanan Zero dan kiri itu Ramadhani :: Gambar sumber dari Twitter Andaq
Muka sedih sebab pisah dengan Andaq kot..
Muka sedih sebab pisah dengan Andaq kot..