Selamat berhujung minggu . Siapa pergi bercuti hari ni?
Apa aktiviti kawan-kawan ari ni?
Kak nad pon bercuti dengan anak-anak sambil jeling handphone 🤣
Muhammad Hazim Dahin & Nor Husniyah Darin
Kalau kak nad, melepak dengan anak-anak je la. Lepas tu kalau ada rezeki nak pergi melepak dengan member jiran sebelah.
Lepas berjanji nak jumpa tak dapat jumpa jugak. Rumah dekat tapi bila masing-masing sibuk tak dapat jumpa jugak.
🤗
Terima kasih sudi baca, sedekah satu senyuman untuk entry kak nad ☺
Assalamualaikum sahabat 😘
Alhamdulillah,kak nad baru je siap Solat Sunat Dhuha dan mengaji Surah Ar-Rahman. Pagi ni Darin dan Hazim cuti mengaji sebab Darin nak rehat katanya . Si Hazim pulak merajuk sebab mood swing 5 minit. Terpanggil untuk taip entry CINTA KERANA ALLAH.
Kehidupan realiti tak seperti buku novel, tapi membaca novel tiada Salah bila sekadar untuk hilangkan rasa bosan kerana sebaik-baik teman adalah buku.
Dizinkan Allah untuk kak nad sharing tapi tetap ada rasa malu untuk kak nad taip entry ni, tapi kak nad beranikan diri Dan terpanggil untuk berkongsi segala suka duka melalui entry kak nad yang akan datang. InsyaAllah.
Jujurnya kak nad rasa kecewa bila kak nad gagal di dalam kedua-dua perkahwinan kak nad. Sekelip mata kak nad pernah hilang semuanya . Tapi Allah menguatkan hati ketika dia hadirkan seorang insan untuk memulihkan hati dan perasaan kak nad.
Dia seorang sahabat, teman, tunang ,bakal suami dan bakal ayah yang baru buat anak-anak nad. Tentangan dari keluarga, orang ramai tak di nafikan kerana ini adalah keputusan terakhir buat kak nad.
kerana cinta kerana Allah, kak nad terpanggil untuk Solat Istikharah sebelum kak nad buat keputusan . Alhamdulillah kak nad semakin yakin dan semakin berdebar bila kak nad dah berani mengumumkan keputusan kak nad di media sosial.
Hampir 7 bulan kak nad mendekatkan diri dengan Allah untuk kak nad menimba ilmu dan belajar menjadi seorang Muslimah yang solehah seperti dia idamkan. Tunang kak nad sering memanggil kak nad Ainul Mardhiah.
Menitik air mata kak nad bila terkenangkan perangai buruk kak nad.
Tak dinafikan kak nad cuma insan yang lemah sering melakukan kesalahan. Tapi Allah Maha Menyayangi memberi hidayah melalui ruang masa untuk kak nad sedar dan bertaubat kepadanya . Allah sayang kak nad, tapi kenapa kak nad tak sayang Allah .Ya Rabbi ,syukur kepadamu kerana masih memberi diri ini ruang, masa dan hembusan nyawa dan berpeluang untuk bertaubat dan beribadat sehingga ke hujung nyawa. Alhamdulillah Kak nad dikembalikan untuk menceriakan sahabat, keluarga semula .
Tapi bila terkenang pertemuan terakhir dengan tunang kak nad di bulan 10, hish malu dan debaran tahap maksima bila dia memberi salam dan untuk memulakan perbualan dan perbincangan untuk step seterusnya tahun 2019 ni . Rasa tak layak bila kak nad tahu siapa Ainul Mardhiah .
Yakin dengan percaturan Allah. Semoga di permudahkan urusan kami membina perhubungan kerana Allah . Fuh hampir 3 jam untuk satu entry . 🤣 maaf sebab penulisan kak nad dah tak power . Salah satu nikmat dah di tarik . Allah bagi nikmat Yang lain pula . Jadi kak nad tidak berputus asa untuk menulis dengan baik .😘
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216)
Assalamualaikum sahabat 🤗
Sekali mama tengok Muhammad Hazim Dahin dah macam anak cina pon ada. Tapi ni anak kandung ni bukan anak cina 😂
Pagi ni terpanggil untuk kak nad story program tahsin imam yang nad pernah join tahun lepas.
Apa tu program tahsin imam? Tahsin tu satu program kita perbaiki setiap perbuatan untuk menjadi seorang imam serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan hafazan ayat-ayat al-Quran para imam.
Kak nad terpanggil untuk program ni selama 2 hari. Tapi, dalam hafazan kak nad terlepas untuk ayat dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 manakala untuk hafazan ayat 284-285 kak nad lepas sebab kak nad ni ada masa banyak main dalam kelas .😂
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 286)
ALHAMDULILLAH
Selepas habis program kak nad terpanggil untuk menjadi imam bagi Solat Zohor untuk jemaah yang join program ni seramai 40 orang macam tu.
Ya Allah, besarnya kuasa Allah bila kak nad terpanggil untuk menjadi imam bagi jemaah program kak nad join tu. Kak nad rasa macam tak layak untuk menjadi imam bila terkenang dosa-dosa yang lalu . Kak nad diberi kesempatan menjadi seorang imam dalam suatu masa tu .
Kak nad ni memang tisu, selepas siap berdoa kak nad mula menangis .😑
Sebab kak nad mungkin tak ada peluang untuk menjadi imam bagi kawan-kawan tapi kak nad boleh jadi imam untuk anak-anak perempuan kak nad .☺
Kak nad nak pergi buat sarapan pulak. Berceloteh sampai dah pukul 8am. Nanti sambung cerita lagi kalau tak sibuk. 😚
Jeng jeng jeng, sebab kak nanad terkenangkan tunang kak nanad sekarang sebenarnya.
Allahu, rasa rindu tu adalah perkara biasa sebab Allah kurniakan perasaan kita supaya kita sentiasa berkasih sayang sesama makhluk.
Tapi, bila teringat tak lama lagi nak melangkah ke alam perkahwinan. Semakin berdebar jantung ni. Semoga Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke jannah.
Sambung topik DUGAAN KETIKA BERTUNANG ,ketika ini banyak yang bermain dalam fikiran bila terkenang dalam hubungan bertunang ni bila selalu bergaduh .
Bila dah bergaduh kak nanad mulalah merajuk ,senyap + buat muka sampai tak nak bercakap .
Tapi, walaupon sering bergaduh hal kecik dia sering menegur, "sayang nak hidup bersama dengan abang sehari ke selamanya ?"
Baru kak nanad akan cakap ,nak hidup selamanya .Jadi part yang dia tegur tu kak nanad kenalah terima sebab nasihat dia bagi adalah untuk kebaikan bersama bukan atas kepentingan diri sendiri .
Kenapa bertunang? Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.
Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT,
maksudnya : ” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )
Jadi, banyak kan bersabar kalau dalam perhubungan pertunangan sering bergaduh ke apa kerana ini adalah secebis dugaan dari Allah S.W.T untuk kita .
Assalamualaikum 🤗
Sebenarnya dah lama nad nak pakai niqab. Tapi, untuk sesuatu perubahan mesti ada dugaan. Betul tak? Jadi, ari tu masa nad lepas hafazan, nad pon bertanya kat Ustazah yang nad nak pakai niqab.
Ustazah pon senyum kambing macam tak percaya cakap nad ni 😑
Tapi betul ke lepas dah berniqab tak boleh bukak . Ustazah cakap kena la Istiqomah .
Jadi nad masih kumpul kekuatan untuk ini .
Anak perempuan nad yang paling tak sabar. Nanti mama nak pakai macam ni kan . Ye nanti mama dah ready mama nak jugak on niqab sehari.
Semoga dipermudahkan.
Yang ni masa kat tempat kerja. Tapi masa tu nad kena tegur dengan kawan nad, kalau nak berniqab betul kan niat bukan kerana nak nampak cantik.
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 28)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat semua .
Okay , sekarang dah nak masuk pukul 6 petang. Tetiba nad teringat masa nad masuk pertandingan Tazkirah peringkat Maulidur Rasul tahun lepas (2018).
Syukur Alhamdulillah
Nad dapat tempat ketiga .Allah ,gugup Dan malu sangat masa tu .Nak interaksi dengan penonton pon muka dah pucat .
Ustazah nad dah tergelak masa dengar nad berucap.
Semua pembaca-pembaca kak nad ada tak suami bernama Muhammad ?Anak bernama Muhammad ?Adik bernama Muhammad?
Nad pon ada bakal suami nama Mohd Dan anak bernama Muhammad .
Semoga kita semua dapat melahirkan Dan sentiasa mencontohi sifat-sifat
Nabi Muhammad S .A .W . dalam diri kita
iaitu Siddiq, Amanah, Fathonah, dan Tabligh
Allah Berfirman :
Maaf dengan suara kak nad tak berapa center 🤗 Kesilapan berlaku.
Maksudnya : "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang mengharap rahmat kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [Al Ahzab 21]
Nabi Muhammad memiliki akhlaq dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh karena itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Nabi seperti Shiddiq, Amanah, Fathonah, dan Tabligh. Memang banyak sifat-sifat baik Nabi lainnya seperti sabar, rendah hati, lemah-lembut, dsb. Namun di sini kita fokus pada sifat yang 4 di atas. Mudah-mudahan dengan memahami sifat-sifat itu, selain kita bisa terhindar dari mengikuti orang-orang yang mengaku sebagai Nabi, kita juga bisa meniru sifat-sifat Nabi sehingga kita juga jadi orang yang mulia.
Shiddiq
Shiddiq artinya benar. Bukan hanya perkataannya yang benar, tapi juga perbuatannya juga benar. Sejalan dengan ucapannya. Beda sekali dengan pemimpin sekarang yang kebanyakan hanya kata-katanya yang manis, namun perbuatannya berbeda dengan ucapannya.
Mustahil Nabi itu bersifat pembohong/kizzib, dusta, dan sebagainya.
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya.
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” [An Najm 4-5]
Amanah
Amanah artinya benar-benar bisa dipercaya. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, niscaya orang percaya bahwa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh karena itulah Nabi Muhammad SAW dijuluki oleh penduduk Mekkah dengan gelar “Al Amin” yang artinya terpercaya jauh sebelum beliau diangkat jadi Nabi. Apa pun yang beliau ucapkan, penduduk Mekkah mempercayainya karena beliau bukanlah orang yang pembohong.
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasehat yang terpercaya bagimu.” [Al A’raaf 68]
Mustahil Nabi itu khianat terhadap orang yang memberinya amanah.
Ketika Nabi Muhammad SAW ditawari kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, beliau menjawab:
Demi Allah…wahai paman, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur karena-Nya……
Meski kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Nabi, namun Nabi tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima.
Seorang Muslim harusnya bersikap amanah seperti Nabi.
Tabligh
Tabligh artinya menyampaikan. Segala firman Allah yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Nabi. Tidak ada yang disembunyikan meski itu menyinggung Nabi.
“Supaya Dia mengetahui, bahwa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” [Al Jin 28]
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
karena telah datang seorang buta kepadanya” [‘Abasa 1-2]
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa firman Allah S.W.T 80:1 turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap mengahadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Ayat ini (S.80:1-10) turun sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah saw.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)
Sebetulnya apa yang dilakukan Nabi itu menurut standart umum adalah hal yang wajar. Saat sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diinterupsi oleh orang lain. Namun untuk standart Nabi, itu tidak cukup. Oleh karena itulah Allah menegurnya.
Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi.
Tidak mungkin Nabi itu Kitman atau menyembunyikan wahyu.
Fathonah
Fathonah artinya Cerdas. Mustahil Nabi itu bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan 6.236 ayat Al Qur’an kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadits membutuhkan kecerdasan yang luar biasa.
Nabi harus mampu menjelaskan firman-firman Allah kepada kaumnya sehingga mereka mau masuk ke dalam Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Apalagi Nabi mampu mengatur ummatnya sehingga dari bangsa Arab yang bodoh dan terpecah-belah serta saling perang antar suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan dalam 1 negara yang besar yang dalam 100 tahun melebihi luas Eropa. Negara tersebut membentang dari Spanyol dan Portugis di Barat hingga India Barat.
Itu semua membutuhkan kecerdasan yang luar biasa.
Bahkan Michael H Hart yang sebetulnya membenci Muslim pun menempatkan Nabi Muhammad sebagai tokoh nombor 1 mengungguli Yesus dan tokoh-tokoh dunia lainnya karena prestasi Nabi Muhammad yang luar biasa di bukunya yang berjudul “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History“. Bukan hanya dari segi agama, tapi juga dari segi dunia.
Sabar dan Syukur
Kunci kebahagiaan hidup adalah Sabar dan Syukur. Kita bersabar atas segala penderitaan dan cobaan yang ada. Entah itu kehilangan harta, sakit, kehilangan keluarga, dan sebagainya. Sabar itu adalah saat pukulan pertama.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 286)