Tips jaga Sugar Glider #1

Assalamualaikum..

Nite! malam ni Nad nak kongsikan sikit tips untuk jaga haiwan excotic ni iaitu Sugar Glider. Nad pon bukan lah otai bab jaga sugar glider ni tapi Nad hanya kongsikan apa yang Nad jumpa di page Sugar Glider je.

Layan gambar anak Nad dulu yer..^^




Amadani mamam ye mummy..:)


Mummy,tengok Amadani tak kasi Amajiro mamam..makan elok-elok yer sayang..:)



Cukup tengok tengok tu sekarang tengok gambar di bawah di mana punca kematian Sugar Glider(SG)



Cuba teka, kenapa SG ini begini dan mati? Gambar ini adalah bangkai SG betina yang berusi 4 tahun. Simptom yang sama boleh terjadi kepada SG jantan..

Simptom:

1) Sembelit
2) Pembesaran kelenjar paracloacal
3) Kesakitan dibahagian abdomen
4) Pendarahan cloacal.

Gambar dari kiri:

1) Berlaku pendarahan "cloacal" dan badan SG yang terlalu lemah.
2) Sebelum kematian, SG mempunyai masalah dengan sembelit dan kesakitan.
3) Usus yang terkandung pengumpulan bahan lembut bewarna kuning.
4) Permukaan pundi kencing / usus dan faraj berdarah

JAWAPAN : Suggie Shop memberikan jawapan paling tepat.

SG diatas telah diberikan NESTUM selama 4 tahun, sebagaimana yang kita tahu, sistem penghadaman SG bukanlah sebaik sistem penghadaman manusia. Pengumpulan bahan asing didalam nestum telah menyebabkan beberapa sistem pencernaan mengalami masalah.

Sepertii mana sebatang paip kecil yang tersekat dengan pengumpulan bahan asing dan dan menyebabkan sistem laluan mengecil (tersumbat), lama kelamaan ianya menyebabkan karat dan akhirnya melumpuhkan sistem saliran. begitu juga dengan sistem penghadaman SG yang kompleks. Jika dinilai dengan akal biasa, amat mustahil NESTUM itu membahayakan kerana sesetengah nestum diperbuat daripada oat. Namun NESTUM mengalami beberapa proses dan kita tidak tahu secara detail proses tersebut. Kerana pemakanan NESTUM yang begitu lama, usus SG tidak mampu bertahan dan menyebabkan kelenjar / usus membengkan dan akhirnya menyebabkan pendarahan.

Sumber : Sugar Glider Perlis

Category:
Pets & Animal

Blogger pilihan entry ini hari ini :



Nak masuk blogger pilihan entry jugak??
Boleh tengok entry di Sini

3 Comments

Sayang Saya

Love