Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum Sahabat 🤗

07 Zulkaedah 1439H 
20 July 2018
TAZKIRAH JUMAAT

Salam Jumaat kak nanad ucapkan kepada sahabat yang sudi membaca entry kak nanad. 



Orang Yang memiliki hati yang bersih
lebih banyak diam daripada
berbicara tanpa makna. 

Kak nanad tak pergi masjid, tapi sempat la dengar tazkirah jumaat untuk hari ini. Di mana penghulu segala hari untuk kak nanad kongsikan berkaitan rezeki melalui amalan. Semoga dimurahkn rezeki buat kita, keluarga serta buat sahabat semua. 


Bila bercakap mengenai rezeki, jangan runsing andai ketika waktu ini tiada apa yang ada. Tapi ,rezeki itu datang dari Allah . Kalau rasa nak makan sesuatu tapi tak mampu bukan sebab kerana kekurangan duit tapi keadaan tidak mengizinkan. 

Minta la dengan Allah kerana sesungguhnya dia lah Maha mendengar. InsyaAllah ,ia datang diluar jangkaan kita. Antaranya ialah :

  • Memperbanyak kan Beristighfar sebagaimana sabda Nabi S.A.W,
” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas

  • Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

  • Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

  • Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud .“  Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

Sepenuhnya lagi kita pergi dekat blog owner dia .

Sumber di peroleh : TAZKIRAH JUMAAT

~ Leader Team Kak Nanad ~
#teamkaknanad

0 Comments

Sayang Saya

Love