Rindu Yang Berwaspada

 AL-FATIHAH (DI BACA) UNTUK ARWAH SUAMI YANG TERCINTA.




    AL-FATIHAH (DI BACA)








Genap 17 hari suami Nadia telah pulang ke Rahmatullah. Rindu, Hanya ALLAH Maha Mengetahui. Nadia tak ada niat pon nak update blog, seba Nadia lepas membaca buku Jangan Bersedih ( La Tahzan ).


Dapat la Nadia taip semula inti pati di sebalik cerita rindu yang berwaspada.



Waspadalah Terhadap Kerinduan.


Hati-hatilah anda terhadap perasaan rindu, sebab ia boleh menimbulkan kecemasan dan kesedihan yang berlanjutan. Termasuk kebahagiaan seorang muslim adalah jauh dari ratapan para penyair, ungkapan kesedihan mereka, ungkapan kerinduan mereka, dan jauh dari pegaduan mereka atas putusnya, terjalinnya, atau terkandasnya hubungan mereka dengan kekasih mereka: seba semua itu termasuk penyebab kegelisahan hati.




Pernahkah kalian memperhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan ALLAH membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup pada penglihatannya(sehingga dia buta terhadap kebenaran) ..... (Al-Jaatsiyah : 23)



Dalam suatu syair disebutkan :



Akulah penyebab kesengsaraan
Siapakah yang mesti dituntut
jika pembunuh teryata sedah terbunuh



Maknanya, saya memang pantas merasakan kesengsaraan dan penderitaan sebab sayalah yang menyebabkan hal itu terjadi.



Ada seorang penyair dari Andalusia yang bangga dengan ratapannya. Ia berkata :




Banyak manusia meratap
kerana pahitnya perpisahan
Setiap orang ketika hidup dan setelah mati
dhantui perasaan sedih
Adapun aku
kalaupun semua tulang rusukku sampai disatukan
sesungguhnya aku
belum pernah melihat dan mendengar semua itu




Berbekalkan Segenggam Tabah, InsyaAllah Nadia mampu harunginya. Allah sayangkan dia. Nadia pon sayang dia kerana Allah.



Kerana iman yang bernilai mampu membuat Nadia boleh menghadapinya tanpa meratapi pemergiannya. Syukur Alhamdulillah,Nadia bersyukur kerana ramai sahabat yang sudi memberikan kata semangat dan ucapan yang baik. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik semua.










Terima Kasih Sudi Baca,


With Love,







0 Comments

Sayang Saya

Love