Too Much Too Say

 Assalamualaikum Readers,






AL-FATIHAH (DI BACA) Buat Arwah Suamiku Tersayang Halim Khushairi Bin Hasan Baseri. Anniversary Wedding kita yang pertama, Pertama jua tanpa awak di sisi.


Allah pinjamkan awak sebentar cuma untuk saya. Syukur Alhamdulillah. Tak ada apa yang kurang dariNya. Cuma kekuatan diri saya je belum mampu. 


Hihi.. Sambil menaip entry ni pon bertakung air mata. Cemas nak banjir la sini. Terkadang kekuatan yang tak dapat di bina, anak-anak sering menjengah mak dia, terbalik kan, sepatutnya mak menjengah anak-anak. 




Cukup saya menyampaikan rasa perasaan bersyukur itu, bila mana waktu awak pergi menghadap Illahi, saya tak meratapi pemergian awak. Biarpon pada hakikat masa tu saya keseorangan tiada di temani ahli keluarga. kerana keluarga jauh masa tu. Keluarga sampai di mana urusan awak selesai. Syukur, Allah permudahkan segalanya. Sedikit kesukaran pon tak ada.







Besar kuasa Allah, dia hadirkan Ida (Sahabat Satu Ward) , menenangkan saya. Benar jika tiada Iman waktu tu, saya pasti boleh meracau macam orang gila. 



Tak ada niat mencari sebab untuk bersedih, cuma terkenang insan tersayang.



Terima Kasih Sudi Baca,



With Love,





0 Comments

Sayang Saya

Love