Assalamualaikum 💖
Tajuk entry buat Nadya sedih hingga rasa nak menitik air mata. Sebab mata melihat dan hati terasa. Akal fikiran di beri untuk berfikir lagi.
Merajuk Hati?
Tapi kenapa merajuk hati? Bukan merajuk je?
Merajuk dengan orang yang kita sayang itu perkara biasa. Kalau tak merajuk tak ada sayang. Sebab tu la kalau dengar orang tua cakap. Merajuk lah tu, takpe biarkan je. Esok baiklah tu. Jadi lepas merajuk pasti akan baik.
Nadya hari-hari merajuk dengan Mr. Right sebab apa? sebab Nadya sayang dan hari-hari baik dengan dia. Tapi Nadya pernah jugak Merajuk Hati. Merajuk hati tu pon tak lama sebab Allah pulihkan semula hati Nadya dan tak merajuk hati lagi.
Lumrah merajuk tu bila kita terasa hati dengan orang yang kita sayang sangat-sangat. Cuma merajuk boleh di buang dengan ego dalam diri masing-masing.
Kerana apa, setiap orang ada ego tersendiri sama ada nak mengaku atau tidak boleh lah tepuk dada tanya sendiri. Ego jangan di lawan sendiri kalau tak nak memakan diri. Ego pula jangan di buang demi menjaga maruah diri
Hari ni terdengar seseorang sedang Merajuk Hati dan dia telah kecewa lagi. Tapi Nadya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sebab sayangkannya, Nadya berdoa supaya dia tidak merajuk hati lagi dan kembali ke dunia yang nyata dan kukuh bertahan demi menjalani sebuah kehidupan.
Di samping itu juga Nadya berdoa kepada yang Maha Esa lagi tinggi,semoga perhubungan mereka kukuh dan bersatu lagi.
Senang cakap, setiap sakit pasti ada ubat. Setiap luka pasti sembuh. Setiap yang tak kuat pasti akan kuat. Setiap yang jahat pasti ada yang baik. Setiap yang baik, pasti ada yang jahat. Jadi jangan cepat menilai diri sendiri.
Bawa Diri?
Bawa diri tu macam mana ye? Bahaya sangat kalau "Bawa DIRI'. Kenapa Nadya cakap bahaya? sebab kalau tersalah bawa 'DIRI' boleh memakan 'DIRI'.
'DIRI' membawa maksud dengan setiap yang ada pada semua orang. Jadi tak payah kenali 'DIRI' kalau tak pandai 'BAWA DIRI'
'DIRI' akan kelihatan baik jika pandai di jaga. Jaga 'DIRI' sendiri dan jadi lah 'DIRI' sendiri dan pandai lah bawa 'DIRI'.
Menjadi 'DIRI' supaya tidak terlupa 'DIRI SENDIRI'
Menjaga 'DIRI' supaya tidak membuka 'AIB SENDIRI'
Menjaga 'DIRI' supaya tidak 'HILANG DIRI'
Menjaga 'DIRI' supaya tidak 'TERLUKA LAGI'
Banyak lagi nak taip ni tapi tak ada mood lepas tu idea pon dah hilang.
Terima kasih sudi baca,
Love,