SANTAI MISS NADYA : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Welcome With Love


 SEGMEN : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

TIDAK MELEBIHI 100 PATAH PERKATAAN.


Kenapa aku seorang blogger? Tajuk segmen je Nadya dah cilok segmen lama Nadya pernah join Ben Ashaari.



Pada awal January 2019, Nadya kembali blogging dan jadi seorang blogger hanya kerana Allah SWT. Kalau dulu sebab nak jana duit guna blog lepas tu nak famous amous macam Kak Sunah Sakura, Yuyu Zulaikha, Kak Mas SaariAzhafizah MN, Ben Ashaari & Bro Framestone.

Kalau nak di senaraikan rasanya banyak lagi, tapi otai bagi Nadya mereka je la sebab masih kekal  dengan domain sendiri. Nadya punya domain www.nornadiah.com dah kelaut Africa dan Nadya kembali kepada miss-nadya.blogspot.com seperti sediakala, cuma berbeza la sikit. Otai semua berjaya dan berbisa. 😅 Nadya cuma nak sentiasa sekarang dan berjaya 😉

Blogger yang Nadya Pernah jumpa dan lepak ialah Yuyu Zulaikha masa melawat baby Kak Yana & Ujang9897 . Lepas tu buat tempahan baju Gua Blogger dengan Ben Ashaari . Berperang kat Twitter dengan Bro Framestone . Keep in touch di Facebook dengan Kak Mas Saari .

Sekarang Nadya masih jana duit guna blog ni lagi cuma berbeza la sikit sebab kali ni Allah SWT memberi rezeki mencurah-curah iaitu hasil nukilan dan idea penulisan kat setiap entry. View pon kemain canak naik mendadak tinggi. Alhamdulillah semua rezeki Allah SWT bagi dan semoga bermanfaat buat semua pembaca andai Nadya tidak bernyawa lagi. 

Itulah Kenapa Aku Seorang Blogger.
Al-FATIHAH 

Nadya rasa macam lebih dari 100 PATAH PER je kan? Tapi itulah sejujurnya. 

Terima kasih sudi baca, 


Love, 

1 Comments

Sayang Saya

Love