Assalamualaikum / Welcome With Love
Now Playing : Katie Sky - Monsters
Semalam birthday mak Nadya, Nadia gigih pergi membeli je la. Nak tunggu Nadya buat cerita dia memang lambat lagi la. 😅
Semoga Allah murahkan rezeki mak selalu dan di berikan kesihatan yang baik. 🤲
Memang betul lah idea boleh hilang macam tu je musim PKP ni. 😅 Ada perkara yang terpaksa di tangguhkan dulu. 🥺
Follow the flow , InsyaAllah di permudahkan.🥰
Doa ni boleh dibaca setiap kali lepas solat ye.
Terima kasih sudi baca,
Love,
Assalamualaikum / Welcome With Love
![]() |
| Hijau Dan Ungu |
Ops, Nadya dapat notis pemberitahuan mengenai pembayaran untuk iklan di blog Nadya di hentikan dari 5 Mei 2021. Sebab dah lama tak update blog ni. Sebab motif dan matlamat tak dapat di sampaikan.
Nadya suka hijau dan ungu tu, Bila dia bersatu rupanya catik. Tapi tu lah yang peliknya Nadya akan tertarik untuk ambil gambar dulu. Jarang sangat Nadya dapatkan gambar tu. Bila ada peluang pergi kawasan memancing baru la dapat amik gambar.
Berhabuk sampai bersawang-sawang dah. Nasib baik dah siap cuci dan kemas. Lepas tu bila nak buat semula mulalah kering idea Nadya ni. Tapi macam biasa la, nampak macam mudah. Tapi susah jugak. Tambah pulak anak-anak banyak nau idea yang dia nak tanya.
Personal Beauty Lifestyle yang Nadya nak kene aturkan dan masukkan semula. Berhari-hari jugak amik mood dengan cara membaca buku. Alhamdulillah, berkuyun-kuyun idea mencurah dalam otak. Sampai tak muat nak tunggu dan taip di sini.
Buat masa ni, ruangan kerja Nadya kecik sangat. Jadi terbatas la nak edit gambar dan stayback kat ruangan kerja tu lama-lama. Walaupon , tetap kena bersyukur. Ni pon masa dah limit sebab kene setlekan kerja luar. Semoga di permudahkan untuk semuanya. Kalau ikutkan hati nak stay kat ruangan kerja ni lama-lama tapi masa tak mengizinkan.
Sabar itu indah, Rindu itu anugerah. Semoga, semua rasa itu Allah jaga. #kitajagakita
Nota Kaki : Rupanya MS dah lama ada tapi tidak berjumpa. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ku titipkan doa dan harapan semoga di kabulkan. Amin.
Terima Kasih Sudi Baca,
Love,
Assalamualaikum Readers !
Bila dah lama tak menaip, rindu yang teramat sangat rasa. Tapi rasa rindu tu cukup Allah jaga.
Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati,kerana yang hilang tidak semestinya mati..
Nadya baru je beli buku ni minggu lepas. Jadi semangat review itu masih ada. Nadya suka sangat kalau dapat baca buku seram ni malam-malam lagi best.
Okay, dalam buku ni ada 4 Penulis bagi setiap cerita :
TANAH RIZAB JIN - A. DARWISY
Asal kau daripada lidah api yang berasap..Merasuk seperti polong tak berjinjang..
Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah dia arahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabella, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya?
PUSARAN PUAKA - SAIDEE NOR AZAM
Sukar Bidar itu wujud , makhluk itu tetap ada..
Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.
LOLONGAN LOMBONG LAMA - ZYRA SAFIYA
Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan.
Berdekad-dekad, tasik lombong yang membohongi warga kota dengan kedamaiannya menyimpan sejarah penuh keganasan dan kegilaan. Semuanya bermula dengan Itam yang ghairah mahu memiliki kuasa menjadikan Samira mangsa untuk dikorbankan. Namun, perancangan manusia yang tidak sempurna menyaksikan pemburuan berterusan untuk mengeyangkan si buaya putih. Dendam yang membuak memastikan satu keturunan perlu dilenyapkan dan satu jiwa perlu menjadi hamba.
BADARSILA - HASRUDI JAWAWI
Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati,kerana yang hilang tidak semestinya mati..
Tasik lombong di belakang vila milik arwah ayahnya sama seperti di dalam mimpi-mimpi aneh berulangnya sebelum ini. Di tasik itulah Mustikah tenggelam kelemasan dengan kedua-dua kaki dan tangannya berikat. Akan muncul seorang perempuan seiras wajahnya lalu mencekiknya sehingga mati. Dia yakin mimpi-mimpi anehnya itu bukan sekadar mimpi biasa. Siapa sebenarnya perempuan seiras wajahnya yang muncul di dalam mimpi-mimpinya selama ini?
Antologi Seram ni ada 588 halaman muka surat dan pembahagian setiap cerita ada :
80% Mistik
70% Konflik
60% Takut
40% Sedih
Harga bagi buku ni pula :
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah / Sarawak RM28.00
Terima kasih sudi baca,
Love,
Sayang Saya
Love
ABOUT ME

Always Keep In Mind.
POPULAR POSTS
Followers
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Assalamualaikum peeps!! Aloyai,jam dah 12.30 pagi tapi mata masih tak boleh tidur-tidur. Esok pagi ada meeting. Teruk sungguh lah Nad ni.. ...
-
Ni rupa keadaan daun tembaga suasa yang dah siap layur. Memang kena layur dulu sampai letup. Lepas tu, letak la minyak angin sikit ...
-
Assalamualaikum peeps! Morning, ok Nad nak review Sahabat Blogger #7. Tak nak bebel panjang sebab masa tak banyak..^^ Beliau review blog s...
-
Assalamualaikum.. Nite! malam ni Nad nak kongsikan sikit tips untuk jaga haiwan excotic ni iaitu Sugar Glider. Nad pon bukan lah otai bab j...








