Sahabat Positive 💖

15 January 2012

cadbury hot chocolate drink

Assalamualaikum..

Bangun semua... Selamat pagi cikgu! Apa lah ngarut pagi-pagi dah nak masuk tengahari nih. Senget sebab tak tidur semalaman. Tidur jugak tapi lepas subuh. Dalam pukul 7 pagi macam tu. Bangun pukul 8.30 pagi, bergegas ke ofis.

Dalam perjalanan nak keluar tu, ada lah jalan rosak sebab paip bawah tanah tu bocor. Jalan mengelembung macam nak meletup dah korang tahu tak! Mesti korang tak tahu sebab tu lah saya nak cerita ni.

Masa saya lalu tu, macam lalu kat bonggol yang besar macam gergasi tahu! Ini bukan cerita tipu, serius ini kisah benar. Tak tahu lah balik jap lagi sempat lalu ke tak sebab jalan tu macam dah nak meletup sangat..

Stop lah sampai sini sebab sekarang saya nak cerita pasal tajuk entry ini!
----------------------------------------------------------------------------


Malam tadi dah terkena penyakit tak boleh tidur pula, berjaga lah sampai ke pagi.



Besar ni RM9.90 . Malam tadi bancuh Hot Chocolate,memang sedap. Saya memang suka Coklat tapi kalau minum kat Starbucks saya prefer Soy Hot Chocolate! maknanya soya campur hot chocolate..memang ngam habis!!

Hot Chocolate ni 3 in 1 jadi tak payah nak susah-susah letak susu ke gula ke. Letak 2 sudu dalam mug lepastu letak air panas.. Dah siap minum..

Tergoda tak dengan Hot Chocolate ini? Jom beli.. wah dah macam promoter puloks..^_^
Post a Comment