Cara Memenangkan Rakan Dan Mempengaruhi Orang - Part 2

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Welcome With Love




Selamat bekerja! Sokmo macam tu la bila masuk permulaan kerja mood swing macam ribut taufan. Tak ada mangsa lagi nak kena jadi jangan lah sampai terjumpa. Selalunya pasti ada akan kena marah dengan Nadya. Kita sibuk banyak kerja, tapi kena ganggu. 😅


Tapi Nadya bukan lah kejam sampai nak pergi cari mangsa pulak. Macam menempah kalau Nadya sampai macam tu.


Tapi kalau bagi orang yang tak pernah kena marah dengan Nadya pasti akan cakap Nadya memang tak pandai marah ke? Nadya memang jarang marah tapi jangan buat Nadya marah. Senang dan mudah sangat kepada sesiapa yang pernah ada pengalaman bekerja dengan Nadya. Sebab Nadya tak suka memerintah dan marah sesuka hati. 


Nadya memang tak suka ganggu orang tapi orang tolong jangan ganggu Nadya jugak. Tu memang style Nadya. Sedangkan ada seekor anjing ni duk follow masa Nadya menapak jalan kaki pon kena kejar balik dengan Nadya balik. Nasib kau lah anjing sapa suruh follow belakang time Nadya jalan kaki sorang-sorang 🤣


Sebab tu la bila Nadya tak suka , jangan la nak cuba di paksa ke apa ke memang tak layan. Dalam pepatah Nadya guna senang je, kita tabur budi kita akan dapat padi. Eh betul ke tu?🤔 Macam tak betul je Kan? Takpe lah abaikan je, sekarang Nadya nak kongsi entry part 2 dah ni sebab dah ada kaitan dengan pattern Nadya.


Part 2 - 6 Cara Untuk Menjadikan Orang Menyukai Anda

  • Menjadi benar-benar meminati orang lain.
  • Senyum.
  • Ingat bahawa nama seseorang adalah orang yang paling manis dan paling penting dalam mana-mana bahasa.
  • Jadilah pendengar yang baik. Galakkan orang lain untuk bercakap mengenai diri mereka.
  • Bercakap dari segi minat orang lain.
  • Buat oang lain merasa penting dan buat dengan ikhlas.

JANGAN BERSEDIH. JADILAH WANITA YANG PALING BERBAHAGIA


Ya Allah hari ni Nadya rasa sangat-sangat suam. Mood merindukan kampung halaman sangat kronik dah ni. Esok  Nadya ada appointment kat JPN. Buat kad pengenalan baru lagi. Tah kali berapa hilang dah. Stress sungguh la. Rasa nak pergi bukit lepas tu jerit kuat-kuat bagi hilang rasa stress tu. Boleh ke macam tu?  😄



Nak tengok checklist kerja pon tak ada mood. Ya Allah sabar jelah Nadya. Nadya sambung baca buku Jangan Bersedih je lah.



Terima kasih sudi baca,


Love,


0 Comments

Sayang Saya

Love