Tukar Tulang Anjing, Servis Alignment dan Camber


Assalamualaikum 💖


Kereta pon pakai tulang Anjing jugak? Siap ada tulang anjing pendek dengan tulang anjing panjang pulak tu. Macam-macam la si hitam ni bila dah start meragam. 


Pada mulanya Nadya nak pergi buat Service Alignment  & Service Camber  selepas Nadya Tukar Bearing Kereta Wira bulan lepas, Nadya terlupa nak buat Alignment tapi sebabkan Mr. Right tegur masa drive kereta lepas tu tambahan dengan ceramah yang tak berbayar darinya baru Nadya buat. 😂




Sekali tengok dalam komputer rasa macam nak menangis je masa tu. Ye la, Nadya sorang-sorang kat bengkel tu dah la tak tahu apa-apa tapi sebabkan mulut Nadya ni becok tak ada la kekok kat bengkel tu. Habis semua benda Nadya tanya kat mekanik tu. 




Ini lah keadaan rupanya tulang Anjing pendek & panjang. Harga kemain mahal untuk sepasang. Nadya tukar tulang Anjing pendek sepasang RM130.




Kereta Nadya macam dah nak bertukar jadi transformers je masa tu. Nadya tergelak sorang masa nak ambil gambar ni. Rasa macam kelakar sebab jarang sangat Nadya stay kat bengkel lepas tu tengok setiap perkara orang buat dekat kereta. Tapi sebabkan kena belajar untuk tidak kena tipu andai ada sahabat mengalami masalah yang sama macam Nadya kan. 


Tak semua mekanik jujur dengan tuan kereta perempuan. Lagi orang macam Nadya ni mudah sangat kena tipu. Banyak benda jugak la Nadya belajar. Sampai ada satu tahap, tak percayakan sesiapa dan berubah kepada sikap yang terlalu insecure dengan semua perkara. 


Bila Nadya dah terlalu insecure dengan semua perkara sampai menjejaskan kesihatan Nadya sendiri, terus Nadya  berhenti untuk terus macam tu. Sebab Nadya tak nak kesihatan Nadya terus melarat sampai tak dapat nak teruskan melakukan aktiviti seharian bekerja. 



Sekali total dan resit pon keluar, RM190 pembayaran di buat. Tapi untuk kesenangan diri sendiri jugak jadi nak tak nak kena jugak bayar. Kalau tidak, Nadya tak dapat nak drive si wira hitam ni lagi. 


Terima Kasih Sudi Baca, 


Love, 

0 Comments

Sayang Saya

Love