Assalamualaikum 💖
Kereta pon pakai tulang Anjing jugak? Siap ada tulang anjing pendek dengan tulang anjing panjang pulak tu. Macam-macam la si hitam ni bila dah start meragam.
Pada mulanya Nadya nak pergi buat Service Alignment & Service Camber selepas Nadya Tukar Bearing Kereta Wira bulan lepas, Nadya terlupa nak buat Alignment tapi sebabkan Mr. Right tegur masa drive kereta lepas tu tambahan dengan ceramah yang tak berbayar darinya baru Nadya buat. 😂
Sekali tengok dalam komputer rasa macam nak menangis je masa tu. Ye la, Nadya sorang-sorang kat bengkel tu dah la tak tahu apa-apa tapi sebabkan mulut Nadya ni becok tak ada la kekok kat bengkel tu. Habis semua benda Nadya tanya kat mekanik tu.
Ini lah keadaan rupanya tulang Anjing pendek & panjang. Harga kemain mahal untuk sepasang. Nadya tukar tulang Anjing pendek sepasang RM130.
Kereta Nadya macam dah nak bertukar jadi transformers je masa tu. Nadya tergelak sorang masa nak ambil gambar ni. Rasa macam kelakar sebab jarang sangat Nadya stay kat bengkel lepas tu tengok setiap perkara orang buat dekat kereta. Tapi sebabkan kena belajar untuk tidak kena tipu andai ada sahabat mengalami masalah yang sama macam Nadya kan.
Tak semua mekanik jujur dengan tuan kereta perempuan. Lagi orang macam Nadya ni mudah sangat kena tipu. Banyak benda jugak la Nadya belajar. Sampai ada satu tahap, tak percayakan sesiapa dan berubah kepada sikap yang terlalu insecure dengan semua perkara.
Bila Nadya dah terlalu insecure dengan semua perkara sampai menjejaskan kesihatan Nadya sendiri, terus Nadya berhenti untuk terus macam tu. Sebab Nadya tak nak kesihatan Nadya terus melarat sampai tak dapat nak teruskan melakukan aktiviti seharian bekerja.
Sekali total dan resit pon keluar, RM190 pembayaran di buat. Tapi untuk kesenangan diri sendiri jugak jadi nak tak nak kena jugak bayar. Kalau tidak, Nadya tak dapat nak drive si wira hitam ni lagi.
Terima Kasih Sudi Baca,
Love,
Assalamualaikum 💖
Zaman sekolah menengah dulu memang Nadya minat bahagian sains & teknologi ni. Zaman sekarang yang serba canggih lagi lagi semakin terasa.
Mood & emosi yang boleh di rasa untuk semua atau boleh di katakan dalam bahasa mudah untuk di fahami ialah berkaitan Hati & Perasaan kita sendiri.
![]() |
| Stoking warna warni Nadya pakai untuk betulkan semula. |
Dari pagi sampai 3 petang tadi Nadya ada masalah sikit kat Klinik Pergigian. Sebabnya kecik sangat tapi habis Nadya tempiaskan kat semua orang. Ya Allah rasa macam tak patut. Tapi dah berlaku dah pon.
Mana taknya, Nadya nak cabut gigi yang dah rosak tu, doktor boleh cakap gigi Nadya ni cantik lagi jadi tak payah cabut. Kita tampal je. Nadya ni memang ada penyakit azali penakut tambahan pula cepat terasa phobia nya. Ee kalau teringat semula tragedi penampalan gigi tu, memang tak buat.
Sebabkan doktor tu nak tampal jugak, Nadya lari keluar dari Klinik Pergigian tu. Lepas tu sekarang ni Nadya kena pergi klinik lain lepas tu buat 'Appointment' semula. Nadya pon dah lupa yang gigi Nadya ni sakit lagi sebenarnya sebab dah berlubang besar sangat. Kenapa lah dia doktor yang tak boleh nak bekerjasama dengan Nadya tadi. Kalau tak dah 'setle' gigi ni.
Sakit woi kalau masuk bab gigi ni. Boleh rasa macam nak bunuh orang tahap kesakitan dia bila berdenyut. Tapi tak ada la Nadya buat pon, paling kurang pon Nadya menangis je.
![]() |
| Accessible ni penting untuk 'DIRI' |
Salah Nadya jugak sebab bangun tidur terlupa nak 'On Accessible' ni lepas tu tak boleh la nak salahkan doktor tu. Sampai je kat rumah baru teringat nak buka.
Ni Nadya nak share kat sini rupanya berkait dengan orang sekeliling jugak kalau Nadya tak buka 'Accessible' ni. Nak ketuk je kepala pakai tukul besi sebab terlupa punya pasal.
![]() |
| Lepas Nadya buka Accessible, Nadya try iklan kat status wasap. |
Tapi yang Nadya pelik tu ramai pulak OK je dengan Nadya walaupon Nadya pernah je buat kat orang sampai rasa macam nak benci. Alhamdulillah, tak tahu la kalau ada orang terbenci ke atau rasa menyampah tu akan buat apa kalau teserempak dengan Nadya. 🤗
Sebab Nadya ni manusia lemah, tak mampu nak jaga Hati & Perasaan orang sekeliling sampai Mr. Right pon selalu je merajuk. Anak-anak Nadya pon sama je, tapi semua okay sebab Nadya kontrol la takkan nak marah kat anak-anak pula.
Maksud yang Nadya nak huraikan kat entry ni bila kita buka je 'DIRI' kita kepada 'OnAccessible' 'seriously' supaya kita tak ada bahagian 'Negative' dalam 'DIRI' dan semua rasa 'Positive' lepas tu keadaan sekeliling boleh berubah serta merta lepas tu kita sendiri dah lupa yang kita baru je bergaduh walaupon jarak masa tu 5 minit berlalu.
Canggih dah 'handphone' sekarang boleh buat kat manusia kan? Kenapa masa Sekolah dulu Nadya tak lulus dalam subjek Kimia ye, sebab Nadya dapat B+ dalam subjek Matematik dengan Fizik je. Kalau tak boleh Nadya buka Farmasi ke, Klinik Sendiri ke. 😂
Nampak macam tak logik, tapi 'seriously ' memang menjadi 🙂 . Kalau kat 'handphone' korang ada, nanti boleh la cuba sebab kita tak payah nak terasa macam kena paksa je walaupon duit dalam poket korang ada RM2 je 😄
Maksud untuk 'Accessible' , kita mudah di datangi, di fahami, di gunakan, di masuki atau paling senang nak tulis boleh di akses.
Kalau orang yang tak pernah cuba memang rasa tak percaya. Macam Nadya bila dah cuba rasa macam tak percaya tapi semua jadi dan berjalan dengan lancar je.
Approachable, Available, Easy-going, Informal, Friendly, Welcoming, Hospitable, Pleasant, Agreeable, Obliging, Congenial, Affable, Cordial.
Kalau di ikut kan bila kita ada kerja berlambak-lambak ni dengan projek bersepah-sepah dengan nak hadap bos dalam bilik 'meeting'. Lepas tu 'dateline' dah nak sampai. Kerja tergendala, apa korang rasa dengan jawatan korang sandang tu akan tergugat atau tidak?
Mesti rasa nak cepat setle sebab tak nak dengar bos korang tu merepek-repek bagai masa 'meeting' kan? Macam tu la Nadya rasa tambahan bos Nadya suka sangat cakap jangan nak makan gaji buta.
Berpanjangan, Tersedia, Mudah, Tidak rasmi, Mesra, Dihadapan, Bersahabat, Menyenangkan, Setuju, Berjaga-jaga, Cukup, Terjaga, Kordial.
Panjang berjela entry bila Nadya menghujah kat sini. Walaupon masalah tak setle pon lagi tapi tenang je. Rasa macam tenang je tak ada la emosi macam pagi tadi macam kat klinik tadi.
Terima kasih sudi baca,
Love,
![]() |
| Masa itu 'EMAS' dan ia terbukti dengan Surah Al-Asr |
Jika Tidak Mahu Kelingan Masa, Hargailah Surah Al-Asr Supaya Tidak Terlupa 'DIRI'. Hargai Masa Seperti Emas Kerana Ia Tak Mungkin Kembali Menjadi Sempurna Lagi. Beza Rasa Dan Sayang Di Hati Bila Dia Tidak Memahami Dan Menjauh Diri.
Assalamualaikum 💓
Bunyi je macam menarik sangat. Macam nak pergi 'Travel ' luar negeri pulak.
-.-
Sebenarnya kepala otak macam tak berapa nak berfungsi sekarang ni. Hati pulak rasa macam tengah sakit hati. Nadya kena 'Release' jugak supaya kembali 'Normal' Sebab Nadya tahu 'SIAPA DIRI' bukan untuk 'PENTINGKAN DIRI'.
Kalau Nadya tak 'Normal' memang 'Worst & Anger Like I'm Not A Human'. Buruk sangat rupanya tapi Nadya cuba dengan yang terbaik untuk 'DIRI'. Sebab tu Nadya akan pastikan sama ada Nadya 'Normal' ataupon 'Abnormal'.
Nadya tahu bila Nadya 'Abnormal ' Nadya akan cepat 'MELARIKAN DIRI' sebab tak nak 'LEMAS LAGI' . Kalau orang lain Nadya tak pasti, tapi 'DIRI' Nadya tak mampu nak 'BAWA & BERDIRI' kalau Nadya bukan 'DIRI' Nadya lagi.
Setiap orang memerlukan ruang masa sendiri. Sebab itu Nadya tak boleh tinggal seorang diri untuk tempoh masa melebihi 3-5 jam 'SENDIRI'. Nadya takut nanti boleh 'MEMAKAN DIRI' dan 'MENGUBAH DIRI'.
Masa tu bukan tak boleh nak ubah lagi, tapi akan buat orang selalu terasa & sakit hati. Lepas tu Nadya 'MENYESAL LAGI' dan kenalah 'TINGGAL LAGI' .
Macam kita berjanji dengan siapa kita nak jumpa, tapi terlambat mestilah rasa bersalah hati kan? Sama juga Nadya sebab Nadya ada perasaan dan hati.
Nadya tak suka nak menonjol diri sebab Nadya tak suka kena puji. Tak dinafikan, mungkin dorang ikhlas hati atau nak ambil kesempatan atas diri. Nadya bukan baik hati tapi tak sampai hati.
Senang je nak tengok Nadya sakit hati, tengok Nadya malas lagi tandanya sakit hati. Sebab nak tunjuk protes sendiri. Biar orang marah Nadya daripada Nadya marah orang lagi.
![]() |
| Subhanallah cantik pulak tempat dia. Rasa teruja nak pergi. '-,-' |
Nadya dah siap 'booking' sebab nak pergi sendiri. Boleh 'treat' sendiri dan buat sendiri. Sebab ni masa untuk Nadya pentingkan diri sendiri bukan nak cari siapa lagi.
Bukan kecewa okay -.-' tapi sebab Nadya ada musim tak boleh nak kontrol semuanya lagi dan Nadya lepaskan semua pergi supaya Nadya rasa tenang kat hati lepas tu Nadya tak merajuk lagi.
Banyak 'pattern' Nadya ni sebab tu Nadya tak suka nak buat kalau ada orang paksa buat. Nadya boleh jadi sendiri je bila Nadya nak dengan tak nak. Tapi kalau Nadya cuba paksa Nadya sendiri, memang terkeluar urat-urat kat dahi sebab stress woi kena paksa.
Sama macam kerja Nadya jugak. Kerja Nadya semua tak jadi-jadi bila asyik kena paksa lagi. Lepas tu, tempat panas boleh rasa sejuk sangat-sangat serba serbi semua tak puas hati.
Nadya kerja ikut hati dan keadaan. Kalau keadaan tidak mengizinkan, Nadya rancang lah apa benda memang semua tak menjadi. Bukan Nadya tak cuba, tapi selalu sangat dah Nadya buat lepas tu tak menjadi.
Sama je macam menulis kat 'BLOG' . Nama panggilan MISS NADYA sebab suka syok sendiri. BLOG PERSONAL BEAUTY LIFESTYLES tak menjadi bila ia semua tak memenuhi kriteria bila Nadya selalu buat entry PERSONAL lepas tu dah lupa pasal BEAUTY dan hilanglah LIFESTYLES sendiri.
Sebab tu bila orang jumpa Nadya boleh siap gelak bagai macam dorang selesa je nak jumpa lepas tu berkawan dengan Nadya lagi. Masa tu Nadya dah tak ada 'PHOBIA & TRAUMA' dan takde la sakit lagi.
Kalau Nadya start sakit lagi, Nadya tak keluar lagi lepas tu berakal sendiri dan dapat hasil yang tinggi. Benda tu Nadya tak pernah rancang pon tapi terjadi sendiri dan Nadya tak rasa pelik pon lagi.
Sama macam hubungan Nadya dengan Mr. Right ni. Kerja dia semua tak akan menjadi bila Nadya buat perangai lagi. Lepas tu dia akan lari kalau Nadya dah jadi 'Mummy Monster And Not A Mummy Sugar Glider' lagi.
Nadya tak pandai nak membebel atau nak marah tapi boleh jadi sendiri dan hilanglah arah lagi.
Nadya boleh buat kalau tak ada orang nak paksa lagi. Mr.Right pon boleh berbaik semula lagi. Tapi Nadya tak harap pon dia baca semua ni takut nanti rambut tak tumbuh lagi hidung dia kembang lagi 😅.
Nadya bukan pelik lagi kalau Nadya bersama Mr. Right lagi. Panjang karangan Nadya kat entry ni sebabnya suasana dingin sekali. Buat orang suka baca di bahagian 'BLOG' ini. Bukan untuk perkenalkan diri tapi untuk rasa senang di hati dan biar dipikat lagi dari 'Advertiser' bukan untuk menguntungkan diri tapi membuat pembaca selesa dan suka hati 😘
Beza Sebuah Akal & Fikiran Hati Untuk Membeza Kasih Atau Hati Sendiri Supaya Tidak Kehilangan Lagi Dan Terus Menangis Pergi. Menjadi Bijak Tidak Perlu Sendiri Bila Akal Memahami.
Berbeza pendapat Lelaki & Perempuan sebab ia takkan mungkin sehaluan lagi. Lelaki bijak menggunakan otak kiri bukan ikut perasaan diri. Perempuan bijak mengawal emosi diri bukan ikut akal fikiran untuk sendiri. Tapi Lelaki & Perempuan saling memerlukan dan berubah menjadi bijak untuk perbetulkan semuanya kembali. Lelaki bijak bila menjadi 'DIRI' untuk Perempuan yang bijak mengawal 'DIRI'. Lelaki tidak suka Perempuan yang kontrol 'DIRI' sebab akan hancurkan 'LAGI'.
Terima Kasih Sudi Baca,
Love,
Sayang Saya
Love
ABOUT ME

Always Keep In Mind.
POPULAR POSTS
Followers
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Ni rupa keadaan daun tembaga suasa yang dah siap layur. Memang kena layur dulu sampai letup. Lepas tu, letak la minyak angin sikit ...
-
Assalamualaikum & selamat pagi 😘 Tajuk entry macam geli sikit la sebab nad sekarang di landa batuk kering lepas tu dah nak start ad...
-
Assalamualaikum peeps!! Aloyai,jam dah 12.30 pagi tapi mata masih tak boleh tidur-tidur. Esok pagi ada meeting. Teruk sungguh lah Nad ni.. ...
-
Day 14 : Post your favorite movies that you never get tired of watching. SUCIDE SQUAD 😍😍 sampai ulang tengok kat Netflix 😅 ...














