RM100 hilang macam tu je..




Salam sejahtera semua. Sebelum nad bercerita kisah RM100 hilang nad nak ceritakan, tadi semasa dalam perjalanan nad nak pergi kerja. Nad lalu di jambatan Sungai Triang. Ternampak bot polis dan Jabatan Pertahanan Awam bersama polis-polis. Nad ingat ada pesta air kat sungai tu. Lepas tu ternampak kawasan larangan polis. Eh,ada orang lemas lah. Nad cakap dalam hati je kat atas motor sorang-sorang.

ni contoh air yang naik kat Sungai Triang ni.



Yang ni dari status nad tadi..

Kes tak setle lagi. Budak cina berumur 9 tahun jatuh dari jeti sebab tergelincir. Polis masih berusaha mencari budak tu sekarang.


STOP!!!!
Berbalik semula dengan tajuk utama nad hari ni..RM100 hilang macam tu je.. Semalam nad semak lah senarai barang apa yang nad berbelanja dekat Kuantan hari jumaat lepas.

En.Boyfie pon ada tanya jugak semalam dan ini sesi dialog bersama En.Boyfie

En.Boyfie :: " Berapa ratus awak abis masa pergi Kuantan hari tu??"
Nad :: " Saya rasa dalam RM300 habis"
En.Boyfie :: " Awak buat apa pakai duit banyak macam tu??"
Nad :: Tak tahu lah, rasanya saya dah kira-kira tapi tak sampai pon RM200. Macam hilang RM100 je "

En.Boyfie start membebel sudah. Lama jugak dia membebel sampai nad terpaksa senaraikan apa barang nad beli dengan dia kat dalam telefon. Lepas tu nad tak puas hati lagi, nad ambil semua resit bank. Lepas tu nad tengok resit last ada balance RM100 dalam bank.

Eh En.Boyfie, rasanya duit tu memang ada dalam bank lah. Jap saya nak bukak Maybank.2u.com . Seminit selepas tu. Nad dah tergelak. Rupa-rupanya nad salah tengok resit je. Nad sangka duit RM100 tu hilang rupanya ada kat dalam bank lagi. 

Habis lah ceritanya di sini. Lari laju-laju nak pergi buat #WordlessWednesday.

8 Comments

Sayang Saya

Love