Besarnya Pengorbanan mu Abah.. T_T

Assalamualaikum..

Bangun semua...Selamat Petang Cikgu!! 

Tadi Nad saja godek entry lama sebab nk buat Pages baru untuk listkan semua entry dalam 1 Pages..#Tetibe teringat entry segmen Ben Ashari Bicara Kasih Ayah yang Nad pernah join pada 13 April 2011. Mintak maaf masa tu penulisan Nad macam orang senget sikit..:D

Siap-siapkan lah tisu ke tuala kecik ke kot korang menangis pulak baca entry ni..

Dulu bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....abah
Dulu Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....abah
Dulu Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....abah
Dulu Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari bapa...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ayah Sedunia Abah"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. abah ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon abah
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk abah


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk abah?
abah bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau abah sudah tiada..........


Mood :: menangis sambil taip entry..ini bukan rekaan dan ini juga untuk renungan kita bersama..

Even abah bukan lah abah kandung ku tapi abah adalah ayah yang terhebat dalam kamus hidup Ku ..

Abah selalu mengalah untuk ku.
Abah rela tak makan dari melihat ku kelaparan.
Abah sanggup kena hujan daripada biarkan aku kena hujan.
Abah sanggup berhempas pulas untuk menyenangkan ku, menyekolahkan ku, memberikan ku makan.

Abah tak pernah merungut bila aku lapar mahu makanan.
Abah tidak pernah mengungkit yang aku bukan anak kandungnya.
Abah tidak pernah meminta wang saku dari aku even aku dah bekerja..
Abah tak pernah mengeluh penat menjagaku selama hidupku 24 Tahun ni.
Abah tidak pernah meminta kembali duit saraan di beri kepadaku selama ini..
Abah tidak pernah memarahi ku untuk kesilapan-kesilapan ku dulu malah di beri kemaafan kepadaku.

Mampukah aku menjaga abah sepertimana abah pernah menjagaku?




Untuk Ayah Kandungku , Wali Ku.

Ku sedekahkan Al-Fatihah buatmu..:'(




Category:

Personal

Tags:

ayah , pengorbanan ayah , al-fatihah , doa untuk ibu-bapa , doa untuk ibu , doa untuk bapa , Segmen , bicara kasih , kasih sayang ayah , Syair untuk ayah , khas untuk ayah , coretan peribadi , coretan buat ayah ,

License:

CopyRight © nornadiah.com 2012

12 Comments

Sayang Saya

Love