24 July 2018

Kulit Cerah Kenapa Nak Rahsia?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

πŸ€—
Kenapa setiap kali posting mesti ada
Assalamualaikum ?

Siapa jawab dengan betul kak nad bagi bunga RM50 
 gurau, jangan sangka betulbetul *

Kadang-kadang orang tak akan faham penyampaian ,mimik muka, dan keadaan hati seseorang itu tapi kak nad seringkali beranggapan semuanya okay sebab dulu masa bekerja dengan bos singa, bos tengah marah kak nad boleh gelak . Bos gelakkan kak nad, kak nad nangis. 

Diri kita sukar nak rungkai, jadi janganlah menilai seseorang itu dari luaran. Maafkan saya, insan hina bernama Nor Nadiah .


Drama Habis ! 

Bukan tu kak nad nak cakap. Tapi kak nad sedih bila kita ada masalah untuk mencerahkan kulit tapi nak rahsiakan. 

Ya Allah, tolong menolong tu kan dapat pahala. Even kita tak tahu niat dia samada ikhlas atau tau biarlah ALLAH yang tentukan. 


Aduh kak nad ni kuat sangat membebel . Kak nad cuma nak cakap pasal kakok kakak kita yang dah cantik dan cerah ni.

Sebenarnya mana ada rahsia apa-apa pun, consume #DianzVitamin aje! πŸ˜‹

Kenapa kak nad share kat semua? Kak nad ingin membantu untuk sesia yang ada masalah kulit kusam .

 Kulit makin cerah & berseri. Kulit semakin flawless .

tak gitu cikgu normah? πŸ˜…

Kulit kusam pon makin hilang. πŸ€—



Keywords  : kulit kusam tiada lagi, kulit semakin putih, kulit semakin cerah berseri , kulit makin cerah & berseru , kulit makin flawless ,kulit semakin flawless, kulit kusam makin hilan , dianz vitamin , makan dianz kulit semakin pulih, agen sah dianz vitamin pahang , leader team kak nanad , dianz vitamin kak nad, dropship wanted , tedi junior, tedi junior wanted , 

23 July 2018

Sedih Bila Sejarah Berulang Kembali

Assalamualaikum πŸ€—

Ya Allah, ampuni aku andai selama ini aku lalai dan alpa menjaga diriku .


Klinik Pakar Dermatology Kuala Lumpur. 


Sebelum ni kak nad tak percaya dan selalu sombong sampai berani tipu diri sendiri. Tapi bila dah terkena kat diri semula baru teringat semula. 


Kenapa jadi macam ni? Apa yang sebenarnya aku dah buat? 





Masa ni kulit kak nad okay sikit dah tapi kak nad biar dan tak ambil tindakan apa-apa selain makan Dianz Vitamin jadi kak nad terpaksa kan diri untuk Dermatology. 

Kenapa sakit ? Produk Skin Care kak nad pakai terlalu banyak bahan kimia . Tapi kak nad tak risau, boleh pulih semula. 

Tapi kak nad boleh cakap Dianz Vitamin sangat membantu untuk kak nad sebab sakit kulit. 




Semua yang berlaku ada hikmahnya ye sayang .


Keywords  : hospital Kuala Lumpur, klinik pakar dermatology Kuala Lumpur , eczema,  alergik bahan berkimia tinggi , mercury alergic, breakout, kulit kusam tiada lagi, kulit semakin putih, kulit semakin cerah berseri , kulit makin cerah & berseru , kulit makin flawless ,kulit semakin flawless, kulit kusam makin hilan , dianz vitamin , makan dianz kulit semakin pulih, agen sah dianz vitamin pahang , leader team kak nanad , dianz vitamin kak nad, dropship wanted , tedi junior, tedi junior wanted , 

Tukar La Fikiran Kau Boleh Tak!!

Assalamualaikum πŸ€—

Eh, pagi-pagi jangan marah-marah tau tak elok untuk kesihatan .

Cakap kat diri sendiri ke ni? 


Sebelum kak nad membebel, makan 1 biji Dianz dulu. Kak Nad Pilih Dianz Vitamin! 

Tajuk je gempak πŸ˜… sebab nye mai sini kak nad nak cakap. 


THE MAGIC OF CHANGING YOUR THINKING! 


Pagi-pagi bangun cakap I Love You kat diri sendiri sebab bila kita sayang diri, semua yang POSITIVE akan ikut kita .



Terima kasih untuk semua hadiah kita dapat hari ni. 


ALHAMDULILLAH .


jangan bagi NEGATIVE dekat kalau kerana ia tak cantik . Semua perkara tak akan menjadi. 


Trust Your Self If U Want To Be A Winner!! 

21 July 2018

Perempuan VS Lelaki

22 July 2018


Assalamualaikum πŸ€—

Dah malam pon rasa nak berborak. Sebenarnya, kak nad rasa nak berborak tapi tak tahu nak berborak dengan siapa. (Rahsia Allah) 


πŸ€” Apa kaitan tajuk tu dengan borak? Kak nad bukan nak bezakan antara lelaki dan perempuan .
Tapi memang la berbeza kan dah nama pon lelaki vs perempuan. 

πŸ‘§ & πŸ‘¦

Lelaki dan Perempuan tu unik. Kak nad akui dan menyatakan sebab kak nad ada anak perempuan & lelaki. Lelaki & Perempuan juga saling memerlukan .


Dalam perkahwinan, pekerjaan, berkawan, merawat, & mencari ilmu. Semuanya saling memerlukan. That's for us when we still alive. 


NOR HUSNIYAH DARIN - 3 Tahun 7 Bulan
MUHAMMAD HAZIM DAHIN - 1 Tahun 3 Bulan







Alhamdulillah, rezeki dari Allah untuk kak nad menjaga sebaiknya amanah diberikan. Allah mengajar ,merawat & memberi kekuatan kepada kak nad melaluinya. 

Allah Maha Bijaksana 

Dah nak dekat pukul 12 malam rupanya .  Esok lah sambung cerita lain pulak ye. πŸ€—

Sakit datang semula. 😣

Nak Pahit Ke Manis?

21 July 2018
8 Zulkaedah 1439H
Facebook & Fan Page Kak NaNad 😘


Assalamualaikum Sahabat πŸ€—

Siapa yang suka pahit kan? Ke ada yang suka? 
Kak nad suka Tak akan ada yang suka pahit sebenarnya termasuk kak nad sendiri.


Semua orang suka manis kan ? Tapi kak nad tak suka Semua orang jangan tipu ye, elleh kak nad pon jangan tipu ye. πŸ˜…


θ°’θ°’。

Semenjak kenal dengan sweet couple ni, kak nad dapat la belajar tulis dan bercakap. Sebab girl dia tak faham kalau kak nad bercakap salam bahasa melayu πŸ˜…



Ok, sebab kan sekarang tak ada orang nak dengar kak nad bersembang. Mai la jemput baca entry ni.


Ajar diri Positif, walau apa yang awak hadapi sekarang. Cari atau fikir apa sahaja baik. Jangan benarkan NEGATIF itu dekat atau fikir.


NEVER AND EVER ! AMARAN KERAS KAK NAD NI !! πŸ˜„ garang tak kak nad? Kak nad ni lemah lembut sebenarnya 


Pahit atau Sakit? Dekatkan diri kita kepada Allah, Manis dan Gembira ? Bersyukur kepada Allah.
Sebab yang pahit akan manis seperti nasihat

Luqman Al Hakim
“Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

Surah Luqman :



Semoga sama-sama kita mendapat Hidayah dariNya. Nak Maghrib? Cemas setengah jam kak nad menaip rupanya πŸ˜…

Keputusan Jujur

Assalamualaikum Sahabat-Sahabat


Siapa yang mampu menerangkan keputusan jujur itu sebenarnya seorang yang berani . Jujurnya bila kita mampu meluahkan semua yang kita rasa kepada ALLAH itu lah di saat beraninya kita membuat keputusan kerananya. Sebab kita ni lemah & hina tapi Allah sering memberi kita semangat dan sampai kita lalai lalu meninggalkannya .

πŸ€” Kuat membebel kak nad ni . Sampai orang tak sanggup dengar . 🀣

Tapi kak nad buat entry ni sebab kak nad dah buat keputusan jujur, tapi masih rahsiakannya . Kenapa nak kena rahsia ? Sebab rahsia tu cantik dan indah bila kita kongsikan rahsia tu dengan Allah. πŸ€—

Allah tu Maha Besar , dia tahu semuanya. Maha Mendengar isi hati kita. Maha Bijaksana menyelesaikan masalah kita. Maha Pengampun untuk kesalahan kita , Maha Kaya untuk kayakan kita. 😘

 Cuma kak nad rasa kesihatan kak nad sedikit terganggu sampai Hiperglikemia (Gula Darah Tinggi) + asma . 


Lagu Lama ni memang best. 


Terima kasih Allah untuk cetuskan idea kepadaku. 😘



πŸ˜‡ tengah ceriakan hati sendiri kak nad pon nyanyi tapi part ni je kak nad ingat lepas tu lupe. Tapi kak nad luahkan perasaan tu bukan sebab lagu tu tapi sebab kak nad teringat seseorang itu dan masa tu la kak nad nyanyi . πŸ˜…


Semua cakap kak nad kelakar lepas cakap suara kak nad tak sedap πŸ€” suara kak nad sedap lah. πŸ˜…


Terutama Encik Mohd yang selalu cakap macam tu πŸ˜”

20 July 2018

Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum Sahabat πŸ€—

07 Zulkaedah 1439H 
20 July 2018
TAZKIRAH JUMAAT

Salam Jumaat kak nanad ucapkan kepada sahabat yang sudi membaca entry kak nanad. 



Orang Yang memiliki hati yang bersih
lebih banyak diam daripada
berbicara tanpa makna. 

Kak nanad tak pergi masjid, tapi sempat la dengar tazkirah jumaat untuk hari ini. Di mana penghulu segala hari untuk kak nanad kongsikan berkaitan rezeki melalui amalan. Semoga dimurahkn rezeki buat kita, keluarga serta buat sahabat semua. 


Bila bercakap mengenai rezeki, jangan runsing andai ketika waktu ini tiada apa yang ada. Tapi ,rezeki itu datang dari Allah . Kalau rasa nak makan sesuatu tapi tak mampu bukan sebab kerana kekurangan duit tapi keadaan tidak mengizinkan. 

Minta la dengan Allah kerana sesungguhnya dia lah Maha mendengar. InsyaAllah ,ia datang diluar jangkaan kita. Antaranya ialah :

  • Memperbanyak kan Beristighfar sebagaimana sabda Nabi S.A.W,
” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas

  • Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

  • Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

Ψ§َΩ„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ£َΩƒْΨ«ِΨ±ْ Ω…َΨ§Ω„َΩ‡ُ وَوَΩ„َΨ―َΩ‡ُ ΩˆΩˆΨ§Ω„Ψ³ΨΉ Ω„Ω‡ في Ψ―Ψ§Ψ±Ω‡ وَΨ¨َΨ§Ψ±ِΩƒْ Ω„َΩ‡ُ ΩΩŠΩ…Ψ§ اعطيΨͺΩ‡ ΩˆΨ§Ψ­Ψ³Ω† Ψ§ΨΉΩ…Ψ§Ω„Ω‡ ΩˆΨ§Ω„ΨΊΩΨ±Ω„Ω‡
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

  • Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud .“  Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

Sepenuhnya lagi kita pergi dekat blog owner dia .

Sumber di peroleh : TAZKIRAH JUMAAT

~ Leader Team Kak Nanad ~
#teamkaknanad

17 July 2018

Menjaga Perasaan Orang Lain

Assalamualaikum Reader
Kak Nanad ☺ πŸ€—

Lewat malam juga kak nanad masih menaip. Sebenarnya tak nak berkata apa bila kak nanad sedih bila melihat seseorang tidak menjaga perasaan orang lain. 


Kak nanad pon sering lalai menjaga perasaan orang lain ,tak pelik kalau orang lain tak menjaga perasaan kak nanad sebab selagi kita sendiri tak mampu menjaga perasaan orang lain, jadi jangan la kak nanad marah kalau orang lain tidak menjaga perasaan kak nanad .


Tapi ,selepas kak nanad dengar ceramah Ustaz T . Hanan Attaki : Cara Nabi Menjaga Perasaan Orang Lain


Ya Allah, rasa malu bila kak nanad sendiri tak pernah menjaga perasaan di sekeliling kak nanad. 

“Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”

Nasihat di atas , Salah satu dari nasihat kak nanad baca kat sini

Sumber : Luqman Al Hakim Kepada Anak-anaknya. 


TERBACA KISAH YANG SAMA DARI FOUNDER DIANZ VITAMIN KAK NANAD : FB - NURUL DIANA







Menangis bukan kerana sedih . Tapi kak nanad pernah berada di dalam keadaan itu . Cuma kak nanad seorang yang tak mampu meluahkan secara jujur. Kak nanad diam dan kak nanad cakap kak nanad pon tak dapat. Tapi , ingatlah satu untuk positifkan balik diri kita. 


Meminta & Percaya pada yang satu . ALLAH. ALLAH lebih mengenali kita sebagai seorang hamba yang hina. Kalau Allah tak kenal kita, macam mana kita nak kenal Allah.



"Ya Allah , aku tengah bersedih sangat sekarang sebab aku tengah susah. Tapi aku tahu ada orang lain lagi susah dari aku sekarang. "


Sebab ada suatu hari kak nanad rindu sangat dengan anak-anak . Susahnya rasa rindu sampai rasa runsing dan sedih . Allah Maha Mengetahui masa itu . 


Tiba-tiba kak nanad tengok Facebook mendengar berita tentang Seorang ibu kehilangan anak ketika ditinggalkan di rumah pengasuh dan di dapati pengasuhnya mendera dan bunuh anaknya dengan cara meletakkan anaknya di dalam peti ais .


Kak nanad menyaksikan ibunya menjerit meminta anaknya . Allahuakbar ( Allah Maha Besar) . Berjurai air mata kak nanad nasib tak banjir. Tapi terus rasa sedih dan sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu itu dan keluarganya. 


Terdetik dalam hati yang alpa ini, 



Saat kak nanad tengah sedih masa itu , ada orang lagi sedih. Syukur Ya Allah kau beri kekuatan dan kau hilangkan kesedihan aku melalui air mata yang sudah keluar ini. Semoga diberikan kekuatan buatnya. 



Celoteh kak nanad untuk Mak TEDI : Dian, InsyaAllah, ibu itu dapat apa yang dia ingin. Ibu mengandung memang tak dapat kawal emosi diri sendiri . Jangan salahkan ibu tu sebab dah hantar mesej , ibu tu cuma berharap macam mana dia nak atasi kesedihannya.



~ Leader Team Kak NaNad ~
#teamkaknanad

14 July 2018

Aplikasi WhatsApp Personal dan WhatsApp Business


Assalamualaikum πŸ€—

Selamat malam, hai ingat dah malam tak boleh membebel ke? Sebab kan tadi dalam Group TEDI Mommy Gojes bertanya. Terbuka untuk kak nanad cerita di mana sebelum Fon kak nanad rosak. Jadi kak nanad masukkan 2 sim kat salam phone hitam kak nanad ni. 


Bila dah pakai dua sim, kak nanad perlu 2 WhatsApp jugak. Satu untuk personal satu lagi untuk bisnes. Sebab kak nanad mudah untuk bezakan siapa sahaja mesej kak nanad. 


Untuk personal nombor kak nanad, kak nanad tak ambil order. Untuk WhatsApp bisnes kat situ semua akan tahu nombor talifon kak nanad 017-305 6439 ,nombor talifon ni dah Lama kak nanad guna dan rasa sayang bila dah serasi. Tapi untuk nombor personal juga penting bila nombor talifon kak nanad bagi sama. 016-*** 6439 nombor belakang kak nanad bagi sama, sebab nombor talifon mak kak nanad pon tertukar dan kak nanad bagi nombor yang sama untuk mak kak nanad 010-*** 6439. Mujur la mak kak nanad tak marah, tapi terasa bersalah. 😬



Okay, mudah sahaja untuk pengguna Android atau iPhone. playstore & App store. Sama je tapi selalunya untuk iPhone ada berbayar dan tidak. Android pon sama. Sebab kak nanad guna Android, jadi pengguna Android je yang kak nanad tahu tak berbayar. 






Download kat playstore, cari WhatApp Business lepas download, setup untuk yang mana kat sini boleh label untuk customer. 


Kak nanad bagi video pendek dari phone kak nanad kalau dah download tu boleh tengok video ringkas dari kak nanad.


Tutorial untuk tukar ayat autoreply di WhatsApp Business



Terima kasih sudi tengok, πŸ’ bunga untuk yang sudi tengok tu. πŸ€—

Kak Nanad Pilih Dianz Vitamin.


Assalamualaikum πŸ€—

Cepatnya dah pukul 6, kalau dulu masa kak nanad bekerja di Pasaraya. Masa ni dah tak tentu marah cari hand phone sebab nak get ready nak balik. WhatsApp kesayangan kak nanad, mesti lah Mak kak nanad kan? 

Okay, tak dapat nak membebel panjang tapi kak nanad nak share sebab kak nanad auka Dianz Vitamin dan ini adalah jalan Allah bagi untuk kak nanad untuk beribadah kepadanya. 


DIANZ VITAMIN C & E PLUS

Dian'z Vitamin C & E Plus 2018
 merupakan supplimen atau makanan tambahan yang telah dilulusakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor kelulusan MAL16095012NC. 100% halal dan tiada gelatin. Merupakan produk bumiputera dan kilang bertaraf GMP.

Dian'z Vitamin merawat masalah :

  • Jerawat.
  • Jeragat.
  • Parut muka dan badan.
  • Kulit berminyak.
  • Resdung.
  • Eczema.
  • Stretch marks.

Sesuai untuk :
  • Lelaki dan wanita.
  • Berumur 16 tahun ke atas.
  • Ibu mengandung dan menyusukan bayi.
  • Pasangan yang merancang kehamilan (inginkan anak).
  • Boleh diambil ketika datang bulan dan dalam pantang.

Tidak sesuai untuk :
  • Mempunyai penyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, buah pinggang).
  • Alergik ikan talapia.
  • Mempunyai masalah cyst fibroid rahim / ovari / tyroid.
  • Menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai D6PD Deficiency..

Kandungan dan Fungsi :
  • Kolagen ikan talapia yang merangsang penumbuhan sel-sel kulit baru dan memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata. Alergik kolagen marin boleh mengambil vitamin ini.
  • Extra Ascobic Asid dan Glutathione sebagai antioksida dan menggandakan kesan pencerahan serta lebih kuasa penyerapan vitamin dalam badan.
  • Vitamin E (daripada buah Maqui Berry)
    1. Anti oksidan, membantu menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, membaiki peredaran darah, mengawal kolestrol, memperbanyakkan sperma untuk kesuburan lelaki, menjaga saraf dan kesihatan kulit dan rambut.
    2. Kesan berlebihan : loya, sakit kepala, rasa lemah, cirit birit.
  • Vitamin C (daripada buah Oren)
    1. Anti oksidan, untuk kesihatan kulit, membina sel badan yang sihat, menjalankan lebih dari 300 fungsi dalam tubuh.
    2. Kesan berlebihan : cirit-birit.

Info Dianz Vitamin :
  • Elakkan pengambilan kafein / minuman bergas / teh / hot chocolate semasa pengambilan botol pertama dan kedua serta banyakkan minum air putih. Jika tidak dapat elak daripada pengambilan kafein, jarakkan pengambilan Dian'z Vitamin dan kafein dalam 2-3jam selepas pengambilan Dian'z Vitamin.
  • Jarakkan waktu pengambilan ubat-ubatan dan supplimen lain / jamu dalam masa yang sama. Jarakkan waktu pengambilan lebih kurang 3-4 jam.
  • Bagi individu yang mempunyai masalah cyst fibroid rahim / ovari / tyroid tidak digalakkan mengamalkan supplimen berasaskan kolagen kerana kononnya kolagen mengalakkan pertumbuhan.
  • G6PD (glukosa-6-fosfat dehidrogenase) : Vitamin C tidak sesuai kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai D6PD Deficiency.
  • Jangan minum air kelapa ketika anda sedang mengambil supplimen kerana ia akan meneutralkan segala nutrien vitamin.



Info semua kak nanad hasil dari Dianz Beauty

Kak Nad cuba menjadi Pengguna Yang Bijak

Ramai yang perasan dan ada bertanya kat NaNad kenapa, jadi tak salahlah kalau kak nanad membebel kat sini.

NIAT UNTUK DIKONGSIKAN DENGAN KAWAN KAK NANAD YANG SUDI BACA. Sharing is caring πŸ‘‡πŸ»πŸ‘πŸ»

⛽Amalkn pengisian Minyak dlm jumlah Liter,bkn nya RM.

CONTOH
⛽Pergi ke kaunter,ckp nk isi 20 Liter. Lps tue,byr RM46.

⛽Niy lebih baik drpd isi RM40 kerana jumlah Minyak y masuk adalah 15.7894737 Liter.

⛽Sedangkn nozzle hnya menyukat sehingga 2 tempat p'puluhan shja.

⛽Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40.

⛽Bayangkan,kalau setiap hari ad 1000 org y isi RM40,Stesen Minyak dh untung 9.4737 Liter.

⛽Itu kalau 1000 org setiap hari.  Sebulan❓tue hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 shja.

⛽Bayangkn,brapa bnyk Stesen Minyak akan untung ats selisih kiraan jumlah Liter ini.

⛽Sebab itu Stesen Minyak selalu buat Program Cabutan Bertuah
Dengan Pembelian Minimum RM40.

⛽Mereka mahu menanam sifat mengisi Minyak mengikut nilai RM,bukan ikut nilai Liter.

ISI DLM LITER

1 Liter = RM2.30
⛽ Isi RM23 jd 10 Liter
⛽ Isi RM46 jd 20 Liter
⛽ Isi RM69 jd 30 liter

⛽Kalau isi 35 Liter,darab dgn RM2.3.
⛽Kalau isi guna jumlah duit,Liter itu d bundarkan ke jumlah terdekat.

CONTOH 31.777 Liter.
Rugi sikit tp kalau tiap2 hari❓Taukey Stesen Minyak y untung.

#JadiPenggunaYangBijak #missnadyapunyerblog #missnadyadotblogspotdotcom #kaknanad #leaderteamkaknanad #teamkaknanad #missnadya 

12 July 2018

Hasbi Rabbi Jalallah


Assalamualaikum πŸ€—

Selamat petang reader kak nad 😊


Selalunya kak nad Stress atau hati tak tenang, kak nad akan alun zikir ikut mode kak nad. 


Selalunya, yang pernah kak nad buat bila kak nad nak marah Darin tapi tak lepas sebab tengah stress. Kak nad akan alunkan untuk dia dengar. Lepas tu mulut becok Darin mula tanya. Mama baca apa tu mama. 


Mama pon cakap la, zikir dekat Allah jaga hati kita. Tak faham lagi pon sebab tapi InsyAllah dia akan faham.



Bila kita hanya ingat Allah, hati akan tenang. InsyaAllah, segala keresahan akan disingkir dari hati. 



Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung, tiada Tuhan dalam hatiku kecuali Allah

Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah
Cahaya Muhammad selamat atasnya, benarlah tiada Tuhan selain Allah. 



Semoga bermanfaat untuk kita. 
~ Leader Team Kak Nanad ~

05 July 2018

RABBI ZIDNI

Assalamuaikum πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦


Dah lama sangat kak nad tak tak update blog sendiri. Tetapi Allah tahu kak nad memang rindu sangat untuk berceloteh di halaman blog sendiri.



Mungkin dengan kekangan kerja kak nad di mana sebelum ni bekerja di pasaraya kerana Kontrak kak nad sebagai Pembantu Pejabat di Komplek Rakan Muda Bera, Pahang tak dapat diserapkan oleh kerajaan pada waktu itu.



Mungkin tiada rezeki kak nad untuk bekerja dan bekerjasama dengan rakan di sana.



Sekarang kak nad Full Time For Business dan Full Time Taking Care For My Children. Berbagai kak nad tempuhi selama 5 tahun. Alhamdulillah kak nad masih mampu senyum dan bangun menjalani semua ujian kerana kak nad tahu ALLAH sayang kak nad dan kak nad tahu ALLAH IS THE PLANNER!



Tapi, sekarang kak nad nak share dimana zikir RABBI ZIDNI nyanyian Hafiz Hamidun ini adalah kegemaran kak nad sebabkan alunan zikir ini sangat mendalam untuk kota hayati ketika kesedihan, kegembiraan dan juga ketenangan hati.




Kak nad pernah berada di dalam keadaan mati kutu. Jauh untuk bersangka buruk dengan orang kita sayang. Jauh juga untuk percaya kepada ada perkara buruk berlaku bila perasaan di dalam hati tidak rasa tenang. Kak nad alunkan zikir ini untuk kak nad meminta bantuan Allah untuk pemahaman dan ketenangan hati kak nad.



Kak nad masih dan BELAJAR, dan harus banyak belajar!belajar!belajar!belajar!!
Menuntut ilmu hingga menghadap Illahi. Bertaubat kepada Allah sehingga menjadi sebenar sebenar apa itu TAUBAT.



Rabbi zidni ilman nafi'a
Wa fiqli
Amalam maqbula
Wa habli rizqan wasi'a
Wa tub'alayya taubatan nasuha
Allah Allah
Ya Allahu ya Allah
Ya Allahu ya Allah
Ya Allahu ya Allah

Tuhanku berikan ilmu yang berguna
Dan taubatku taubat yang sesungguhnya. 



 Ψ±َΨ¨ِّ Ψ²Ψ―ْΩ†ΩŠِ ΨΉِΩ„ْΩ…Ψ§ً وَ Ψ±ْΨ²ُΩ‚ْΩ†ΩŠِ فَΩ‡ْΩ…Ψ§ً


Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman
“Yaa Rabb, tambahkanlah ilmu bagiku, dan berilah aku kefahaman”


SALAM SALAM MAGHRIB dari Kak Nad πŸ’•