RABBI ZIDNI

Assalamuaikum 👩‍👧‍👦


Dah lama sangat kak nad tak tak update blog sendiri. Tetapi Allah tahu kak nad memang rindu sangat untuk berceloteh di halaman blog sendiri.



Mungkin dengan kekangan kerja kak nad di mana sebelum ni bekerja di pasaraya kerana Kontrak kak nad sebagai Pembantu Pejabat di Komplek Rakan Muda Bera, Pahang tak dapat diserapkan oleh kerajaan pada waktu itu.



Mungkin tiada rezeki kak nad untuk bekerja dan bekerjasama dengan rakan di sana.



Sekarang kak nad Full Time For Business dan Full Time Taking Care For My Children. Berbagai kak nad tempuhi selama 5 tahun. Alhamdulillah kak nad masih mampu senyum dan bangun menjalani semua ujian kerana kak nad tahu ALLAH sayang kak nad dan kak nad tahu ALLAH IS THE PLANNER!



Tapi, sekarang kak nad nak share dimana zikir RABBI ZIDNI nyanyian Hafiz Hamidun ini adalah kegemaran kak nad sebabkan alunan zikir ini sangat mendalam untuk kota hayati ketika kesedihan, kegembiraan dan juga ketenangan hati.




Kak nad pernah berada di dalam keadaan mati kutu. Jauh untuk bersangka buruk dengan orang kita sayang. Jauh juga untuk percaya kepada ada perkara buruk berlaku bila perasaan di dalam hati tidak rasa tenang. Kak nad alunkan zikir ini untuk kak nad meminta bantuan Allah untuk pemahaman dan ketenangan hati kak nad.



Kak nad masih dan BELAJAR, dan harus banyak belajar!belajar!belajar!belajar!!
Menuntut ilmu hingga menghadap Illahi. Bertaubat kepada Allah sehingga menjadi sebenar sebenar apa itu TAUBAT.



Rabbi zidni ilman nafi'a
Wa fiqli
Amalam maqbula
Wa habli rizqan wasi'a
Wa tub'alayya taubatan nasuha
Allah Allah
Ya Allahu ya Allah
Ya Allahu ya Allah
Ya Allahu ya Allah

Tuhanku berikan ilmu yang berguna
Dan taubatku taubat yang sesungguhnya. 



 رَبِّ زدْنيِ عِلْماً وَ رْزُقْنيِ فَهْماً


Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman
“Yaa Rabb, tambahkanlah ilmu bagiku, dan berilah aku kefahaman”


SALAM SALAM MAGHRIB dari Kak Nad 💕


0 Comments

Sayang Saya

Love