Ayah Tak Selamanya Ada

Tadi masa kak nad nak start jahit cross-stitch tiba-tiba ternampak gambar ni. 




Pesanan dalam gambar ini lah yang menguatkan kak nad setiap kali kak nad down .

Kak nad sentiasa anggap ini pesann dari arwah ayah kak nad sendiri. 

Ayah Takkan Selamanya Ada

Pesan seorang ayah; 

Buat anak perempuanku
Jatuh bangun, sedih pilumu
Selagi ada aku
Akulah pembelamu
Peneman setia
Walau kau salah berjuta
Aku maafkan semuanya .

Tak harap banyak darimu
Harta atau isi dunia bukan itu yang ku mahu 
Kau jagalah hak Allah
Aurat ,maruah ,kehormatan, dan rukun agama itulah tanda kau kasihi orang tuamu


Kesolehanmu itu anakku
Itu yang kutuntut 
Bisa menemani sepanjangku bersemadi

Bila aku tak lagi disisi
Aku tak mampu lagi dengar rintihan hati

Berlarilah ke arah Illahi



Kak nad tak dapat membesar bersama dengan arwah ayah kerana kak nad dibesarkan dengan adik arwah ayah kak nad .


Kak nad tak jemu untuk sedekah Al-Fatihah dan bacaan Yasin untuk arwah ayah kak nad. 


At first kak nad sedih sebab tak berpeluang langsung untuk berbakti kepadanya. Tapi kak nad mencapai kata redha dan ikhlaskan semua. Tak ada rezeki kak nad untuk rasakan itu. 



Setiap apa yang Allah aturkan sangat terbaik . Kalau kak nad tak pernah berduka, kak nad tak akan bergembira. 


Betul betul betul. 


Ayah, Nadia sayang ayah. Ayah tak jemu mencari dan cuba beritahu yang ayah ni ayah kandung Nadia. 



Nadia ? Lupa diri !!


Nadia benci ayah! ! 


Sebab apa ?Sebab ayah tak nak jaga nadia . Tapi ,sebenarnya semua Demi kebaikan nadia. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosaku. 


Jahil nya kak nad ni. Bencikan ayah sendiri . Tapi Allah sayangkan nad, bagi kesedaran dan tak lupa mengingatkan kak nad 



Nadia sayang ayah .Walaupon antara kita tak dapat cipta kenangan manis. Tapi senyuman ayah sentiasa ada bersama setiap kali nadia sedih. 


Sekarang nadia ada abah. Nadia ada 2 abah . Nadia sayangkan abah-abah nadia. 



Semoga Kita bertemu ke syurga. 


Al-Fatihah. 

0 Comments

Sayang Saya

Love