Cara Hilangkan Stress

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Welcome With Love





Stress?? Tipu kalau orang lain tak pernah stress kan? Setiap orang pasti akan merasa. Nadya juga tak terlepas dari stress. Cuma kita belajar untuk handle dari melarat. 



Macam mana Nadya hilangkan Stress?? Sebab bila Nadya stress,Nadya susah nak tidur. Walaupon dah mengantuk sangat-sangat tetap tak boleh tidur sebab terlalu fikirkan masalah tu sampai Nadya stress sorang-sorang je. 

Sebab bila Nadya stress, Nadya selalu tak pedulikan perasaan orang lain yang bersama dengan Nadya.

Tambah lagi, semua kerja Nadya tak boleh siap.Sampai bos pon mengalah sebabkan Nadya stress. Syukur Alhamdulillah bos baik. Tak ada sampai nak potong gaji atau berhenti kan Nadya.


CARA HILANGKAN STRESS

1. Solat Sunat : Mengaji dan Nadya pilih Surah Abasa.

Kenapa Nadya pilih surah ni? Sebabnya dalam surah ni Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu dari Allah SAW sebagai teguran kepada Nabi Muhammad SAW kita setelah Baginda keliru sehingga mengabaikan seorang yang cacat penglihatan datang kepada beliau untuk menimba ilmu kerana pada ketka itu Baginda sedang berdakwah dan meminta yang cacat penglihatan tu pulang ke rumah dan datang semula kepada Baginda di hari yang lain.

Dan masa Nadya stress sambil baca surah ni. Terus meremang satu badan dan Nadya menangis sebanyak-banyaknya. Betapa Nadya terlalu fikirkan masalah Nadya tanpa meminta bantuan dari Allah SWT. Siap mengaji, Nadya terus rasa mengantuk dan dapat tidur yang lena. Bom meletup pon Nadya dah tak dengar.




2. Minum air kosong : 300ml.




3. Bagi kucing makan.



4. Makan asam. ( Nadya pilih kulit limau, sebabnya bila makan asam tu mestilah rasa masam kan? Macam tu la jugak dalam menempuhi cabaran. Tak selalu cabaran yang kita hadap ni semuanya manis. Ada kalanya jugak rasa masam. )



5. Bagi perempuan yang sudah bersuami, minta kebenaran untuk keluar sorang diri sekejap. Take time and me time. Nadya pernah buat entry Perempuan Minta "Me Time".




6. Kemas bilik dan ubahsuai bilik. Nadya buat ruang kerja je. 😂







7. Ceria kan pasangan dengan ayat-ayat cinta.






8. Coffee time. Special sikit sebab secawan kopi Nadya rasa macam lupa Nadya ada masalah. 




9. Layan cerita P. Ramlee, 3 Abdul. 

Dalam cerita P. Ramlee ni bukan setakat lucu tapi banyak ilmu yang dapat kita pelajari dan contohi. Macam kesimpulan yang kita dapat masa buat karangan SPM tu la. 

Kesimpulan, Pelajaran & Pengajaran :

1. Bijaksana -  supaya tidak di tindas dari orang yang lebih kaya dan berpangkat tinggi. 
2. Hormat - menghormati dalam talian persaudaraan adik beradik. 
3. Kasih Sayang - walaupon buruk macam mana perangai seseorang itu tak kira jahat atau baik, mesti ada secebis nilai kasih sayang kita terhadap sesiapa pon jua. 
4. Rendah Diri - bukan rendah kan diri ye, sebab kalau yang dah rendah macam Nadya ni nak jadi rendah macam mana pon Nadya tak tahu. Maksud nya jangan terlalu tunjuk kan kepandaian yang sedia ada tapi dalam keadaan sederhana je. 
5. Bersyukur - belajar bersyukur, tak kira la kita ni kaya atau miskin tapi bila kita bersyukur dengan yang sedia ada. Masa tu lah rezeki akan datang tanpa di pinta. 
6. Belajar menjadi Pemaaf - tak di nafikan, Nadya adakala susah untuk menjadi seorang yang pemaaf. Jujur la cakap, sebab Nadya dah berjaya. 🤗




10. ShopBack ( Bukan shopping ye, Nadya buat Survey Wall untuk kumpul duit je. ) Nak daftar? Klik LINK INI




Jom buat Survey Wall


Selepas buat Survey Wall  Nadya dapat email


Bukti buat Survey Wall selama 2 hari. Syukur Alhamdulillah. 

Terima kasih sudi baca, 

Love, 

0 Comments

Sayang Saya

Love