Semoga Adik Tenang Selamanya 😭

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Welcome With Love



Sebelum itu, Nadya ingin meminta maaf sebabnya entry ini mungkin berbaur kesedihan. Nadya tak nafikan sebabnya hari ini adalah hari ke-2 Nadya kehilangan kucing kesayangan Nadya iaitu adik.






Adik, Nadya dapat 3 bulan lepas. Nadya bersama dengan En. Mohd makan malam di satu kedai makan tu,dia datang dan Nadya rasa tertarik nak amik dia. Dah la tuan kedai tu tak tahu. Tiba masa nak bayar makan ada kene bayar lebih RM1. 






En. Mohd tak cukup RM1 jadi Nadya keluarkan duit poket Nadya sendiri RM1. Kami senyap-senyap berjalan tinggalkan kedai makan tu sambil di gendong kucing tu. Nadya memang dah biasa panggilan bahasa dengan kucing kakak. Jadi dia adik.





Adik seekor kucing cacat di bahagian mata kiri, lucu,manja,gila.





Nadya memang gembira sangat la sebab dah lama sangat nak Bela kucing sendiri tapi tak dapat cari kucing pon.





Macam-macam memori bersama sebenarnya sampai Nadya boleh ingat satu-persatu perangai dia. Sangat dengar cakap. Tapi satu satu perangai dia tak dengar dah iaitu berak dan kencing dalam bilik air.





Kalau Nadya amik dia letak atas peha, wajib duduk macam tu sampai kebas kaki kadang-kadang.



Mungkin situ lah titik ujian untuk Nadya. Tapi dia memang dapat menarik perhatian orang ramai. Kawan-kawan Nadya pon sayang sangat ke dia.





Nak tido mesti ada bantal,dah macam orang. Lepas tu tido gaya comel buat Nadya geram.






Bila Nadya buat-buat marah mula buat muka sedih. Mana tak sayang kan?









Masa ni moment paling best, tak tahu dia merajuk sebab apa. Sampai tido kat kaki Nadya macam tu.





Manja sangat dia ni.





Balik dari mana-mana memang cari dia dulu. 





Masa ni tak tahu lah sebab mende..tapi duduk dengan Nadya macam ni la.




Tengok sekali dia tido bersepah .







Tengok dia tido buat Nadya rasa rindu sangat-sangat.





Sedap je tengok dia peluk. 😭
Nadya rindu dia sangat-sangat. Bukan tak redha,belom pasrah lagi.





Nadya baru siap kemas,dia dah sibuk tunggu kat depan.






Rindu sangat tengok dia.





Bontot je tinggal tak lepas sebab gemuk sangat. 





Merajuk lepas kena mandi. Nadya marah sangat-sangat ke dia masa ni.





Dia gigit tak nak lepaskan Nadya. Rindu adik 😭




Tido tempat tinggi pon tak apa. Janji atas kaki kakak dia. Macam mana Nadya tak rindu 😭





Paling comel 😭



Nadya dah siap create video untuk kenangan Nadya. Nadya rindu 😭




Video Adik 


Terima kasih sudi baca,



Love,



0 Comments

Sayang Saya

Love