Assalamualaikum readers.
|
Nor Husniyah Darin Turn To 2 Years Old. |
First sekali, syukur ke hadrat Illahi ada rezeki bersama Bunga Darin yang tercinta.
Tiba-tiba rasa kekok update blog usang ni. Sebab lama sangat tak jenguk. Kekangan masa Nadia tak mengizinkan Nadia update blog ni sampai gambar pon pakai gambar lama je.
Sekarang macam terpaksa sikit la bila nak update tu. aci ta macam tu.
Mula la tak tahu nak buat tajuk apa. Lepas tu rasa macam nak pecah kepala bila nak perah idea tu.
Syukur jugak bila Darin tak bandingkan kek lama dengan kek baru. Sebab kek baru kecik je. Sebab tak ada buat majlis untuk yang ke 8 tahun ni.
Tapi semangat jugak bila Darin tetap nak ke coklat dan nak ada princess. Macam-macam kerenah Darin sekarang.
Terima kasih jugak buat husband tercinta sebab sudi mencari dan membeli kek birthday Darin. Syukur tak terhingga. Terima kasih Allah hadirkan Halim Khushairi sebagai suami Nadia.
Terima kasih sudi baca,
With Love,
Nor Husniyah Darin (Cahaya Kebaikan Bunga)
Alhamdulillah, selamat hari ulang tahun yang ke-7 buat anak mama yang tercina lagi tersayang.
Bunga Darin Nadia dah berusia 7 tahun. Nadia rasa bersyukur ke hadrat Illahi. Teringat juga detik-detik ketika mahu melahirkan Nor Husniyah Darin ke dunia ni.
Nadia masuk wad biasa dulu sebelum di masukkan ke dalam wad dewan bersalin.
Buat pertama kali merasa pengalaman untuk bersalin. Nadia tak dapat tidur sebab terasa lapar.
Nadia pon buat 1 panggilan peribadi ke nombor talifon mak minta nasi goreng kampung + telur mata kerbau.
Dah siap makan baru la dapat tidur tapi tak lena.
Dalam pukul 2 pagi, tiba-tiba Nadia rasa katil Nadia basah macam terkencing. Nadia pon terus panggil nurse lepas tu Nadia cakap la tilam dah basah, terkencing atas katil.
Nurse tu tersenyum lepas tu dia cakap dengan Nadia yang tu bukan air kencing tapi air ketuban yang dah pecah.
Dah tiba masa untuk melahirkan anak.
Nadia pon cakap tapi saya tak sakit pun lagi. Nurse tu suru Nadia standby baju,masuk Labour Room.
Dalam pukul 6.20 pagloi Nadia selamat melahirkan Nor Husniyah Darin dengan jayanya. Nadia pon terus hantar mesej kat mak Nadia dapat anak perempuan.
Kun Fa Ya Kun (Maka, Jadilah) seketul Nor Husniyah Darin (Cahaya Kebaikan Bunga)
Terima kasih sudi baca,
With love,