Nor Husniyah Darin (Cahaya Kebaikan Bunga)
Alhamdulillah, selamat hari ulang tahun yang ke-7 buat anak mama yang tercina lagi tersayang.
Bunga Darin Nadia dah berusia 7 tahun. Nadia rasa bersyukur ke hadrat Illahi. Teringat juga detik-detik ketika mahu melahirkan Nor Husniyah Darin ke dunia ni.
Nadia masuk wad biasa dulu sebelum di masukkan ke dalam wad dewan bersalin.
Buat pertama kali merasa pengalaman untuk bersalin. Nadia tak dapat tidur sebab terasa lapar.
Nadia pon buat 1 panggilan peribadi ke nombor talifon mak minta nasi goreng kampung + telur mata kerbau.
Dah siap makan baru la dapat tidur tapi tak lena.
Dalam pukul 2 pagi, tiba-tiba Nadia rasa katil Nadia basah macam terkencing. Nadia pon terus panggil nurse lepas tu Nadia cakap la tilam dah basah, terkencing atas katil.
Nurse tu tersenyum lepas tu dia cakap dengan Nadia yang tu bukan air kencing tapi air ketuban yang dah pecah.
Dah tiba masa untuk melahirkan anak.
Nadia pon cakap tapi saya tak sakit pun lagi. Nurse tu suru Nadia standby baju,masuk Labour Room.
Dalam pukul 6.20 pagloi Nadia selamat melahirkan Nor Husniyah Darin dengan jayanya. Nadia pon terus hantar mesej kat mak Nadia dapat anak perempuan.