Assalamualaikum...
Semalam nad di landa masalah jiwa dan raga...lepas tu menangis...cara nak luahkan kesedihan tu..nad pergi selongkar buku dekat almari luar. Bagus tak idea nad tu??sila katakan bagus..
Lepas tu nad pon terbaca InTrend lama. Tahun 2009 punya kot. Selongkar page by page..terjumpa pulak tips tu. Apa lagi,dengan rajin yang teramat sangat. Nad taip untuk korang. Jom baca.
Tips buat bloggers ketahui dengan tips yang di beri..:)
Tips buat bloggers ketahui dengan tips yang di beri..:)
pinjam kat pakcik google
Pastikan matlamat kamu. Ia hanya untuk suka-suka atau dikenali? Ada bloggers menjadikan ruangan blog mereka sumber rezeki dengan masuknya iklan dan sebagainya. Tentukan matlamat kamu.
Apakah golongan sasar kamu adalah remaja?Jika begitu blog kamu perlu meriah dengan warna dan fancy. Melainkan golongan kamu adalah ahli korporat.
Blog adalah jenama mewakili imej dan mesej hendak disampaikan kepada golongan reka bentuk,pasti ramai setia menjadi pembaca blog kamu.
Hari-hari mengemas kini dengan informasi berguna. Pastikan ada sahaja perkara baru dalam blog agar pengunjung tidak lupa.
Blog kamu boleh jadi sangat mengundang. Terutama jika ada komunikasi dua hala. Adakah ruangan untuk pembaca memberi komen dan rajin-rajin membalasnya.
Cari link dengan semua orang. Sebarkan kewujudan blog menerusi komuniti yang ada. Mungkin dengan menyertai sosial networking seperti facebook misalnya.
Bloggers baru sering takut meneroka. Tambah saja tools baru pada muka surat blog kamu dan berseronoklah.
Bloggers berpengalaman pasti memahami ruangan blog ini sering berubah keadaanya. Jadi kesatuan itu penting. Tiada istilah segan bertanya atau malu meminta pertolongan. Para bloggers wajar saling menolong.
Internet bertukar sangat pantas. Peraturan baru juga mendatang jadi teruskan belajar dan jangan ketinggalan. Kalau tidak,pengunjung blog kamu lari.
Ingat, blog kamu melambangkan peribadi. Pembaca setia akan kembali mahu membaca apa seterusnya komen kamu. Jadilah telus dan jadilah diri kamu sendiri.
Sumber In Trend April 2009
Writing By :: Miss Nadya
Writing By :: Miss Nadya