Peace no war!
Nadia rasa macam rindu yang teramat sangat pada Blog Kesayangan Nadia ni dan terasa cepat je masa berlalu.
Sekarang balik semula kepada apa yang Nadia nak huraikan di sini. Nadia sibuk ke sana-sini, baru ni dapat fokus sepenuhnya menghadap kesayangan ni.
Cantik betol sangat bila Nadia tengok presentation dari Gogoprint ni. Cawangan pula dah terbahagi kepada 3 cawangan, iaitu di Malaysia / Singapore / Thailand.
Contoh
sticker pelekat yang ada di Gogoprint.
Memang berkembang dengan pesat dengan printing dari Gogoprint ni. Alhamdulillah rezeki dari yang Maha Esa untuk Gogoprint. Semoga rezeki Nadia jua di murahkan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Nadia kalau dapat tengok ilustrasi dengan komik memang menjadi kegilaan Nadia dah ni sebab dengan ilustrasi komik atau anime.
Tak silap Nadia daripada umur Nadia berumur 6 Tahun dah gemar baca komik. Paling teruk bila Nadia siap bawa masuk toilet sampai kena tegur, sekarang ada masa je bila stress atau malas nak besarkan masalah kecil.
Buku tulis tak tebal dan juga tak nipis. Sekali tengok memang sangat gembira lagi-lagi untuk event atau projek mana-mana company.
Yang ini paling buat Nadia teruja dan jatuh cinta, penanda buku ni comel sangat. Tambahan pula dengan warna yang cantik. Warna kesukaan Nadia ni walaupon warna kusam tapi cukup tenangkan kepala otak dengan warna dia.
Selain Business Card, Flyers, Leaflets, Folders, Brochures, Wedding Cards, Branding items, banyak lagi yang ada di sini.
Sekali tengok dengan harga yang berbaloi, Nadia terasa sangat teruja.
#MLBBCanPlayLikeThis #MLBB #MGL #mlbbmg1
Why only Layla can have the special surprise?🥺
Dua tiga hari Nadia gigih push rank untuk naikkan kembali reputasi. Haha, macam beria sangat je kalau Nadia ni main game kan?
Lepas tu kalah mula lah nak buat muka seposen.
Hero Layla ni Nadia suka guna bila pilihan pertama Nadia di pilih pemain lain.
Kiranya Layla ni hebat sangat tapi Nadia ni tak pandai nak guna kot jadi lah tak pandai. Tengah asah bakat sampai jadi.
Practice make perfect right?
Tunjukkan kepada saya.
Credit to MGL Artist: anggorogorgor
Kesudahannya batery habis. Habis kena AFK. Akaun Nadia dah berapa kali kena AFK.
Terima kasih sudi baca,
With Love,
Day 12 - A picture of something you love
Semoga Nadia berjaya menjadi seorang developer (pemaju) yang berjaya.
Semoga di permudahkan urusan kita semua.
Jangan buang masa anda untuk menyenangkan orang. Ia tidak pernah dapat dicapai. Ingat, kita sentiasa kelihatan buruk kepada mereka yang membenci kita. Fokus pada keredhaan Yang Maha Esa.
Terima kasih sudi baca,
With Love 😘,
Gambar sesuatu yang anda benci ialah, 🤔
Sampai ke sudah Nadia benci lipas.
Sebab itu Nadia tak panggil lipas. Nadia call dia babi.
Terima Kasih Sudi Baca,
With Love,
Setelah sekian berkurun lama meyambut cabaran ni. Nadia baru dapat buat hari ke- 10?
Alahai pergi jauh betul gayanya.
Kekangan masa atau bagaimana?
Anak-anak dah sekolah mungkin?
Alasan boleh di terima pakai.
Balik semula kepada tajuk cabaran gambar kita hari ini ialah.
Gambar seseorang yang anda membuat perkara paling gila.
Di Sebabkan Nadia perempuan tapi perangainya ganas nak mati sesangat. Memang padan la denga dia perempuan lemah gemalai ni.
Bukan apa, bila ada perkara yang buruk Nadia buat memang dia la yang akan tegur. Even dia lebih muda dari Nadia.
Memang dia matang dulu. Mungkin kerana dia anak sulong dan jaga adik-adik.
Tanggungjawab seorang kakak kan.
Nadia pula anak tunggul tunggal lebih banyak belajar sendiri dan dah terbiasa dengan keadaan berdikari.
Tapi tu la satu kelemahan Nadia ialah mudah kesian kat orang. Sampai habis bergolok gadai lebih kurang macam tu la.
Janji jangan orang tu yang susah. Sampai kan jangan pelik kenapa Nadia ada kawan-kawan rapat yang boleh di percayai dan ada juga kawan-kawan yang boleh jumpa sekadar senyum macam tu.
Terima kasih sudi baca,
With Love,