Hari ni nak taip panjang tapi tiba-tiba mata berat . Point dapat tidur bila anak sekolah petang.
Sharing from twitter
Walaupon ada yang sampaikan kat Nad sendiri, hidup nad ni malang betul.. Sampai kahwin kali ke-3 , suami dah pergi menghadap illahi.
Allah, tak apa pon, cakap lah hidup Nad ni apa pon yg negatif.. InsyaAllah Anak perempuan dan anak lelaki sering bagi semangat.
Allah is the best planner right? Husnuzon (Bersangka Baik).
Terima kasih sudi baca,
With love,
Assalamualaikum readers!!
Selamat malam..
Entry ni terpikir nak post siang tadi tapi kekangan bekerja mengait memori. Tertunda la sampai sekarang. Hihi..
Kebanyakkan gambar panorama ni Nad suka untuk simpanan diri sendiri je. Sebab nad akan record di atas kesukaan Nad.
Panorama dari Loji. Nad ni pelik sikit sebab suka tempat pelik. Tu la arwah suami Nad cakap.
Zaman sekolah Menengah, pernah lepak dengan kawan-kawan perempuan sekali dua.
Dengan arwah suami Nad sendiri, sering jugak sebabnya ikut kerenah Nad je.
Sabar je arwah suami Nad. AL-FATIHAH (DIBACA) buat arwah suamiku tersayang Halim Khushairi Bin Hasan Baseri.
Ni boleh di lihat bila screenshot
Subhanallah.. Indah nya.. Sebab utama Nad Anak Peneroka kot. 😅
Ilham yang datang dari Allah, semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan keluarga, Amin.
Terima kasih sudi baca,
With Love,
Assalamualaikum Reader!
Balik semula 30 Day Story Challenge, hampir terlupa tapi boleh lagi ingat ada yang Belum selesai.. 😅
Sempat buat entry pendek je la sebelum ambik anak dara sekolah agama.
Selesai sudah dengar azan dari 3 Masjid. Felda Triang 1, Surau Rejimen ke-34 Artileri Diraja, Masjid Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ATM Bera.
Terima kasih sudi baca,
With Love,
Assalamualaikum readers!
First of all, AL-FATIHAH (Di Baca)
Khas Buat Arwah
Suamiku Tersayang
Halim Khushairi Bin Hasan Baseri.
Sayang tak dapat bersimpuh lama semalam sebab hujan turun membasahi bumi. Syukur.
Nad suka la buat macam iklan di TV tu. JOM NGEJOSH! Boleh menjadi Current Favorite Drink sebab arwah suami Nad rajin bancuh lepas tu kasi Nad minum.
Off Course , Look like can't move on. Can't be strong as usual. I'm always talking to ALLAH before that I Love Him Secretly. As usual Allah Is The Best Planner. Married with him and love me at all include my daughter and my son too. InsyaAllah I'll not crying when all memories can stay and feel alive with me, anywhere I go. Syukur.
Terima Kasih Sudi Baca,
With Love Darin (Bunga) & Dahin (Yang Cerdik) ,
Assalamualaikum Readers,
AL-FATIHAH (DI BACA) Buat Arwah Suamiku Tersayang Halim Khushairi Bin Hasan Baseri. Anniversary Wedding kita yang pertama, Pertama jua tanpa awak di sisi.
Allah pinjamkan awak sebentar cuma untuk saya. Syukur Alhamdulillah. Tak ada apa yang kurang dariNya. Cuma kekuatan diri saya je belum mampu.
Hihi.. Sambil menaip entry ni pon bertakung air mata. Cemas nak banjir la sini. Terkadang kekuatan yang tak dapat di bina, anak-anak sering menjengah mak dia, terbalik kan, sepatutnya mak menjengah anak-anak.
Cukup saya menyampaikan rasa perasaan bersyukur itu, bila mana waktu awak pergi menghadap Illahi, saya tak meratapi pemergian awak. Biarpon pada hakikat masa tu saya keseorangan tiada di temani ahli keluarga. kerana keluarga jauh masa tu. Keluarga sampai di mana urusan awak selesai. Syukur, Allah permudahkan segalanya. Sedikit kesukaran pon tak ada.
Besar kuasa Allah, dia hadirkan Ida (Sahabat Satu Ward) , menenangkan saya. Benar jika tiada Iman waktu tu, saya pasti boleh meracau macam orang gila.
Tak ada niat mencari sebab untuk bersedih, cuma terkenang insan tersayang.