Friends of Miss Nadya

30 November 2011

Blog tak update

Assalamualaikum..

Hari ni nad dah update 3 entry tapi tak update langsung dekat bloglist..
Rasa macam nak hempuk blogger ni laju-laju..

penat dah fikir apa yang tak kene..

rasa nak menangis pon ada..

T_T

menangis laju-laju kejap..


lepas tu rasa nak merajuk dengan blog 5 hari 4 malam..boleh tak? ada macam pakej honeymoon pulak..

sorry lah...entry emo 5 saat..^_*

Happy blogging nad..sabar itu separuh daripada iman..


Nanti lah nad cek kenapa dengan blog nad ni.. sebab nad sendiri pon tak tahu kenapa...bengang..^_*

SPAM link dalam Kotak Komen??

Assalamualaikum..



SPAM!! korang tahu apa tu SPAM?? SPAM tu adalah sejenis makanan kegemaran manusia-manusia yang suka menyepam macam nad..^_*

Thanks kepada Wan Hazel & Nuyui kerana you all dah bukak mata nad..

Okay, sebenarnya nad hanya tahu SPAM kat group je..contoh SPAM dalam group macam dalam gambar rajah di bawah..klik bagi tumbesaran meningkat.


Kenapa tak boleh SPAM dalam group? Sebab, kalau banyak sangat SPAMMING dilakukan di dalam group. Facebook akan delete group tu sebab bnyak sangat SPAM.

Soalan :: Apa kene mengena SPAM facebook dengan SPAM kat blog??

Kalau SPAM dilakukan di blog, blog korang mungkin akan di delete..
Soalan :: Contoh SPAM dalam kotak komen di blog??

Contohnye seperti gambar di bawah.. SPAM yang terlepas dalam kotak komen nad dan nad dah delete pon. klik bagi tumbesaran meningkat.


Sebelum ni nad tak tahu pon aktiviti nad buat adalah aktiviti SPAM.

Contoh nad pernah buat ke blog korang :-

new entry ::
Senarai Nama Peserta
Senarai Hadiah Untuk Pemenang
Duit Says.My Dah masuk..
Randy Pangalila Follow Miss Nadya 

Nad baru tahu dari blog Wan Hazel. Lepas ni nad takkan buat macam tu lagi. Dan kalau korang ada komen nad tu, boleh lah delete sebab nad rasa nad banyak sangat buat SPAMMING kat kotak komen blog korang.

Kalau nak tinggalkan link dalam komen, tinggalkan macam ni je http://miss-nadya.blogspot.com (Without Backlink) dan jgan tinggalkan macam ni Miss Nadya Punyer Blog


Korang masih tak faham apa tu SPAM??boleh pergi baca entry dari Wan Hazel - Blog diremove gara gara "Link" dalam kotak komen

#26 Wordless Wednesday | ツ miss nadya punyer blog ツ

Assalamualaikum..

Setiap hari rabu semua blogger post gambar di blog masing-masing tanpa meletakkan apa-apa sebarang penjelasan apa-apa untuk menerangkan gambar..biar gambar menjelaskan tanpa kita letak apa-apa penjelasan..

 Contest Klik Dan Like Fan Page Hingga 31 Disember 2011

Contest Klik Dan Like Fan Page

RM100 hilang macam tu je..




Salam sejahtera semua. Sebelum nad bercerita kisah RM100 hilang nad nak ceritakan, tadi semasa dalam perjalanan nad nak pergi kerja. Nad lalu di jambatan Sungai Triang. Ternampak bot polis dan Jabatan Pertahanan Awam bersama polis-polis. Nad ingat ada pesta air kat sungai tu. Lepas tu ternampak kawasan larangan polis. Eh,ada orang lemas lah. Nad cakap dalam hati je kat atas motor sorang-sorang.

ni contoh air yang naik kat Sungai Triang ni.



Yang ni dari status nad tadi..

Kes tak setle lagi. Budak cina berumur 9 tahun jatuh dari jeti sebab tergelincir. Polis masih berusaha mencari budak tu sekarang.


STOP!!!!
Berbalik semula dengan tajuk utama nad hari ni..RM100 hilang macam tu je.. Semalam nad semak lah senarai barang apa yang nad berbelanja dekat Kuantan hari jumaat lepas.

En.Boyfie pon ada tanya jugak semalam dan ini sesi dialog bersama En.Boyfie

En.Boyfie :: " Berapa ratus awak abis masa pergi Kuantan hari tu??"
Nad :: " Saya rasa dalam RM300 habis"
En.Boyfie :: " Awak buat apa pakai duit banyak macam tu??"
Nad :: Tak tahu lah, rasanya saya dah kira-kira tapi tak sampai pon RM200. Macam hilang RM100 je "

En.Boyfie start membebel sudah. Lama jugak dia membebel sampai nad terpaksa senaraikan apa barang nad beli dengan dia kat dalam telefon. Lepas tu nad tak puas hati lagi, nad ambil semua resit bank. Lepas tu nad tengok resit last ada balance RM100 dalam bank.

Eh En.Boyfie, rasanya duit tu memang ada dalam bank lah. Jap saya nak bukak Maybank.2u.com . Seminit selepas tu. Nad dah tergelak. Rupa-rupanya nad salah tengok resit je. Nad sangka duit RM100 tu hilang rupanya ada kat dalam bank lagi. 

Habis lah ceritanya di sini. Lari laju-laju nak pergi buat #WordlessWednesday.