11.11.11
Assalamualaikum..
Mempersembahkan Tuan tanah kedaung..muahahaha..
Salam jumaat dan selamat pagi. Tarikh cantik kan?? ramai jugak lah blogger di luar sana yang buat entry 11.11.11 ni sebab tarikh cantik.
Nak kahwin je pilih tarikh cantik. Nak couple je pilih tarikh cantik. Nak bersalin je pilih tarikh cantik. Nak apa lagi?? cari lah sendiri..muahaha..
Nad copy dari Facebook..
Nad tak pernah ada kenangan manis bersama tarikh cantik selama nad hidup ni tapi nad ada anak sedara yang lahir di tarikh cantik iaitu 20-10-2010. Pengalaman sebab nak dapat tarikh lahir tu agak lawak lah jugak sebab kakak sepupu nad ni boleh tahan dari nak bersalin 19-10-2010 tu semata-mata nak anak dia lahir 20-10-2010. Alhamdulillah lahirlah Muhammad Arfa Darwiyh yang kini dah setahun 3 Bulan & 1 Hari
11.11.11 anak Faizal Ismail Dj Hot Fm selamat di lahirkan. Alhamdulillah..
11. 11. 11 - En.Boyfie demam..T_T
Nad terbaca artikel dari Zaidatulazni Shamsuddin
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :
1) Allah ciptakan Adam
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada ae itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada ae tersebut.( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
subahanallahh...
Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Wallahualam..
◕‿◕ Love Nuffnang ◕‿◕
10 Comments