1 / 1 / 2011 Heading To Puchong Perdana

Assalamualaikum..

Salam sejahtera, Selama 1 Hari tak blogwalking rasa sedih jugak sebab semua komen terpaksa peram buat perkasam..:)

Pasti anda semua seakan tidak percaya yang saya drive ke Puchong Perdana seawal 3 pagi. Mak kejut saya pukul 2.30 pagi tapi saya ni memang susah nak bangun jadi pukul 2.50 pagi jugak saya bangun dengan muka sememeh.

Ingat saya boleh pergi mandi macam tu sahaja? Tidak kerana saya terpaksa siapkan makanan anak-anak, kemas sangkar mereka dan terpaksa fit kan kepada 2 kaki seperti gambar di bawah.

gambar pinjam pakcik google

Saya terpaksa bawa Travel Cage mereka kerana pada 3 pagi tu mereka masih aktif untuk bermain. Potong buah tembikai susu untuk anak-anak. Sesudah itu baru la saya boleh pergi mandi dan bersiap untuk gerak.

Letak anak dalam kereta di seat belakang, pakaikan tali pinggang kaledar kerana takut bergerak pula cage tu.

3.45 pagi ambil ayah dari tempat kerja beliau dan sampai Perhentian Genting Sempah pukul 6.30 pagi untuk solat subuh. Stress saya drive pagi-pagi sebab kabus tebal dan menyukarkan saya drive laju. Tambahan pula mata makin mengantuk pada pukul 5 pagi. Ayah lena tidur kat seat belakang bersama anak-anak saya..

Sesudah solat, ayah pula sambung drive. Saya tolong tidur.

Sampai Mentari Court rumah makcik, saya salin baju dan make-up. Lepas tu baru gerak ke Puchong Perdana rumah Auntie Shazila untuk Wedding beliau.

Jom layan gambar anak saya je. 2 keping je la ye sebab mereka penat sangat semalam. 

Gambar dalam Bongding Pouch


Masa dalam sleeping pouch sebab takut rimas dalam bonding lama-lama..



Next entry for Wedding my auntie ^_^

12 Comments

Sayang Saya

Love