Keputusan anugerah juara lagu 26

Assalamualaikum Peeps!


Gambar Juara AJL26 :: Hafiz - Awan Nano

See,budak Twitter kata pakai T-Shirt pon boleh menang. Yang pakai cantik berkilat kilat tu semua tak menang. Lawak lak Nad tengok Twitter tadi..:D

So Najwa Latif kena juga pergi sekolah esok. Alah, tak dapat lah duduk sebelah pengetua esok. Takpe, you try your best, Najwa

Gambar Hafi - Awan Nano Juara AJL26



Keputusan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano

Update secara langsung dari Abang Nara:
1. Persembahan pembukaan oleh penyanyi feveret Abang Nara, Jamal Abdillah. Weee ~~~
2. Fuh. Persembahan Awie terus membakar semangat AJL26. Mantop babe ~~~
3. Sheila Majid la pulak. Kenapa semua mantap-mantap untuk opening show nie? Arghh
4. Fuh ~~ Terkagum sebentar dengan persembahan tiga legend sebentar tadi. Persembahan 12 peserta selepas ini. Sama-sama kita nantikan.
5. Persembahan pertama daripada Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia.
6. Arrangement muzik yang sangat berlainan daripada lagu asal daripada Projek Pistol. Mantap dan sedap didengar.
7. Persembahan seterusnya oleh Jacyln Victor dengan lagu Sedetik Lebih.
8. Not bad jugak kan Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih. Lebih kurang tahap Abang Anuar Zain gak la.
9. Monoloque dan Atilia pulak. Yeah ~~ Lagu feveret gak nie.
10. Comel gila rambut Atilia. Lagu nie memang susah sikit nak nyanyi time live rasanya. Good effort anyway.
11. Yuna muncul untuk lagu Gadis Semasa. Memang arrangement lain 100% nie. Nice ~~
12. Nice outfit Yuna. Menarik tertarik kau memang da bomb.
13. Lagu Kalau Berpacaran pulak. Lagu best nie. Banyak nasihat.”
14. Serius comel sangat lagu Kalau Berpacaran nie. Ana Rafali nampak hijau gitu.
15. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif. Adakah dia akan menang?
16. 16 tahun dan dah masuk AJL. U go girl.
17. Juara Anugerah Mobile Celcom jatuh kepada lagu Sedetik Lebih.
18. Persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Karma. Ada orang kata ini adalah persembahan terakhir daripada Faizal untuk AJL. Layan ~~
19. Terbakar piano dibuatnya oleh Faizal Tahir
20. Seramai 30 orang juri telah digunakan untuk memilih lagu terbaik AJL26. Harap-harap tiada kontroversi.
21. Alyah dengan lagu Kisah Hati sekarang. Siapa sebenarnya manusia yang bernama Manusia Putih yang mencipta lagu ini?
22. Fuh. Starting pun dah sedap dah Alyah nie. Baju pun cantik gak. Nice
23. Arghhhh. Napa Remy Ishak muncul dan memeluk Alyah. Mesti ramai yang panas.
24. Sungai Lui daripada Aizad. Melodi yang mampu melegakan jiwa.
25. Aizad membuktikan yang bakat adalah segalanya. Kurang rupa sikit pun tak apa.
26. Hebat benar orang yang melukis kat belakang semasa persembahan Aizad nie.
27. Yuna dengan lagu Penakut. One of Abang Nara punya favourite song jugak.
28. Good persembahan daripada Yuna, sekarang ini lagu kegemaran ramai, Awan Nano daripada Hafiz akan didendangkan.
29. Awan Nano nano nano nano nano.
30. Beribu Sesalan sekarang ini. Adakah lagu feveret kebanyakan peminat muzik ini akan merangkul gelaran juara?
31. Memang meletop 3 Suara bawak lagu Beribu Sesalan. Meremang bulu roma.

Category:
Malaysia Artist

Tags: ajl26, gambar blue carpet ajl26, gambar malam ajl26, gambar terbaru ajl26, juara ajl26, keputusan terkini ajl26, siaran langsung ajl26, AJL KE 26, Juara Lagu Ke 26, KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) KE 26, Naib Juara Lagu Ke 26, Persembahan Terbaik, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Vokal Terbaik


Blogger Pilihan Entry Ini ::


Nak masuk blogger pilihan entry jugak??
Boleh tengok entry di Sini

8 Comments

Sayang Saya

Love