Modal nak jaga Sugar Glider

Assalamualaikum..

Salam sejahtera semua, di sini saya ingin terangkan tentang Sugar Glider.
Entry ini dihasilkan selepas saya buat research sendiri di pakcik google. Sekian

Berminat ingin menjaga Sugar Glider? Tetapi ingat Sugar Glider bukan seperti jaga kucing, hamster, arnab atau binatang peliharaan kamu yang lain kerana Sugar Glider ini sangat sensitif dan Sugar Glider sangat istemewa kerana ia memerlukan sepenuh kasih sayang kita. Macam jaga baby tau kalau ingin menjaga mereka ni.

Comel tak anak saya? Sleeping Pouch harus lah pink kerana mummy suka warna pink. Ramadhani pun dah suka warna pink tau sebab bila saya pakai jam bewarna pink mesti dia gigit jam tu. Lepas tu kalau pakai baju pink, duduk kat bahu tak nak turun..:)


Modal untuk mula?

  • Cage 3 kaki paling minima untuk Sugar Glider. Harga dalam RM100, tetapi jangan sesekali guna cage hamster!
  • Sleeping Pouch - RM20 / Iklan - saya jual Sleeping Pouch RM15 campur postage.
  • Suggie Hammock - RM31
  • Bonding Pouch - RM40 / Iklan - saya beli RM30 di sini
  • Wodent Wheel senior dalam RM100
Lain-lain..
  • Gliderate 1 oz - RM15.50
  • Gliderate Booster 1 oz - RM15.50
  • Glider-cal 1 oz - RM11
  • Pure-Acacia Gun 1 oz - RM19

Tiada modal? Boleh DIY(Do It Yourself)

  • Cage anda boleh buat sendiri.
  • Sleeping Pouch dan Bonding Pouch anda semua boleh tetapi pastikan kain dari bahan fleece. 
Semua diatas belum termasuk diet samaada HPW atau Glider Slurp yang kita kena pilih salah satu.
    Saya memang bertuah menjaga anak-anak kerana beli dari andaq di entry Sugar Glider. Saya beli RM400 sahaja kerana Andaq sibuk sangat,jadual kerja beliau sangat fit.




    Kalau saya ada salah buat info boleh komen..:)


    15 Comments

    Sayang Saya

    Love