Modal nak jaga Sugar Glider
Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua, di sini saya ingin terangkan tentang Sugar Glider.
Entry ini dihasilkan selepas saya buat research sendiri di pakcik google. Sekian
Berminat ingin menjaga Sugar Glider? Tetapi ingat Sugar Glider bukan seperti jaga kucing, hamster, arnab atau binatang peliharaan kamu yang lain kerana Sugar Glider ini sangat sensitif dan Sugar Glider sangat istemewa kerana ia memerlukan sepenuh kasih sayang kita. Macam jaga baby tau kalau ingin menjaga mereka ni.
Comel tak anak saya? Sleeping Pouch harus lah pink kerana mummy suka warna pink. Ramadhani pun dah suka warna pink tau sebab bila saya pakai jam bewarna pink mesti dia gigit jam tu. Lepas tu kalau pakai baju pink, duduk kat bahu tak nak turun..:)
Modal untuk mula?
- Cage 3 kaki paling minima untuk Sugar Glider. Harga dalam RM100, tetapi jangan sesekali guna cage hamster!
- Sleeping Pouch - RM20 / Iklan - saya jual Sleeping Pouch RM15 campur postage.
- Suggie Hammock - RM31
- Bonding Pouch - RM40 / Iklan - saya beli RM30 di sini
- Wodent Wheel senior dalam RM100
- Gliderate 1 oz - RM15.50
- Gliderate Booster 1 oz - RM15.50
- Glider-cal 1 oz - RM11
- Pure-Acacia Gun 1 oz - RM19
Tiada modal? Boleh DIY(Do It Yourself)
- Cage anda boleh buat sendiri.
- Sleeping Pouch dan Bonding Pouch anda semua boleh tetapi pastikan kain dari bahan fleece.
Kalau saya ada salah buat info boleh komen..:)
15 Comments